Syarikat Phang Li Koon Pernah Terima Tender Kerajaan Pulau Pinang

li koonAIDCNews – 25/5/16 –Syarikat Phang Li Koon iaitu Magnificient Emblem Sdn. Bhd. (Magnificient Emblem) pernah memenangi tender daripada kerajaan Pulau Pinang untuk membangunkan asrama pekerja di tanah milik Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di Juru

Timbalan Ketua Menteri 11, Dr. P. Ramasamy berkata, tender itu diperoleh syarikat Phang ketika pertama kali dibuka kerajaan DAP Pulau Pinang pada 17 September 2013.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai berkata, syarikat Phang itu dipilih daripada dua lagi syarikat lain yang turut mengambil bahagian iaitu Centurion Corporation Limited dan TEE International Limited.

“Permohonan cadangan (RFP) pembangunan asrama pekerja ini dibuat lebih sekali disebabkan Magnificient Emblem tidak dapat mematuhi syarat RFP berkenaan pegang­an hak milik.

“Justeru, pihak pengurusan telah membuat keputusan RFP pembangunan asrama pekerja tersebut dipanggil semula,” katanya dalam sesi penggulungan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Jumaat lalu.

Menurut Ramasamy, syarikat Phang itu sekali lagi mengambil bahagian dalam tender kali kedua untuk pembangunan asrama pekerja tersebut yang diiklankan pada 23 Julai 2014.

Katanya, turut serta dalam bidaan tender kedua itu adalah sebuah lagi syarikat, Westlife Dormitory (Penang-Juru) Sdn. Bhd.

“Untuk tender kali kedua, syarikat Westlife Dormitory (Penang-Juru) Sdn. Bhd. telah dipilih sebagai penender yang berjaya,” katanya.

Phang ketika ini disiasat ekoran beberapa laporan polis berhubung akaun bersumpah (SD) yang dibuat beliau pada 22 Mac lalu berkenaan kontroversi pembelian banglonya oleh Ke­tua Menteri, Lim Guan Eng pada harga luar biasa murah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s