Wan Azizah Minta Rafizi Kemuka Bukti Dakwaan Rasuah Kerajaan Selangor Kepada SPRM

KUALA LUMPUR- Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli diminta mengemukakan semua bukti berhubung dakwaan permintaan wang dan perempuan untuk berurusan dengan kerajaan Selangor yang dibangkitkan sebelum ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Presiden PKR Datuk Seri Datin Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata dalam masa sama, Biro Politik parti akan turut meneliti dakwaan berkenaan yang dibangkitkan Anggota Parlimen Pandan itu beberapa hari lalu.

“Sekiranya melibatkan anggota parti, anggota tersebut akan dihadapkan ke jawatankuasa disiplin,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Biro PKR di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, dekat sini, Selasa malam.

Ditanya mengenai kedudukan jawatan Rafizi, Wan Azizah berkata perkara itu tidak dibincangkan dalam mesyuarat – BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s