Azmin Marah & Kecewa PAS Enggan Tarik Diri Bertanding PRK Sungai Besar

AIDCNews – 26/5/16 – Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali marah dan kecewa kerana PAS enggan bekerjasama dengan menarik diri daripada bertanding dalam Pilihan raya Kecil (PRK) Sungai Besar.

Menurut sumber PKR kepada The Star kepimpinan tertinggi PAS masih bertegas mahu bertanding dalam PRK itu, meskipun sudah dibentangkan senerio Parti Islam itu bakal tewas jika pertandingan satu lawan satu dengan BN.

“Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan PAS tetap akan bertanding walaupun dimaklumkan PKR mempunyai peluang lebih baik untuk memenangi kerusi itu,” kata sumber itu.

Jelas sumber itu lagi, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad yang berunding dengan Azmin juga gagal meyakinkan Hadi, menyebabkan rundingan tersebut menemui jalan buntu.

Ketika dihubungi, setiausaha politik Azmin, Mat Shuhaimi Shafiei bagaimanapun yakin ia akan diselesaikan kerana masih ada masa sebelum hari penamaan calon pada 5 Jun ini.

Sebelum ini, Azmin dilaporkan telah menggunakan dua strategi untuk memastikan PAS menarik diri dan membuka peluang PKR meletakkan calon pada PRK Sungai Besar.

Pertama, taktik ugut, di mana Azmin dilaporkan telah mengugut tiga Exco PAS dalam kerajaan Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib bakal dilucutkan jawatan jika PAS masih berdegil mahu bertanding dalam PRK itu.

Apabila strategi itu terbongkar kepada umum, Azmin menafikannya, bagaimanapun disangkal oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang mengesahkan kejadian itu benar-benar berlaku.

Selanjutnya, sila baca “Amaran Azmin Kepada PAS : Dikeluarkan Dari Kerajaan Selangor Jika Degil Bertanding PRK“, “Azmin Nafi Keluarkan Kata Dua Kepada Exco PAS“, “Azmin Memang Ugut Pecat Exco PAS – Ulama” dan “Setiausaha Politik Azmin Sahkan Insiden Ugut Tiga Exco PAS Berlaku ?

Kedua, taktik ancaman mengunakan ‘sumber badan penyelidikan’. Walaupun Azmin tidak mengaku pihaknya berada di balakang ‘sumber badan penyelidikan’ itu, namun dipercayai ia ada kaitan lingkaran inner circle Azmin sendiri.

Satu kaji selidik yang dijalankan oleh sebuah badan pemikir tetapi tidak dinamakan mendedahkan jika PAS bertanding satu lawan satu dengan BN di kerusi Parlimen Sungai Besar, parti islam itu akan kalah dan kehilangan kira-kira 3,000 undi.

Jika berlaku pertandingan tiga penjuru, antara BN, PAS dan PAN, mengakibatkan BN bakal menang dengan majoriti 5,000 undi.

Namun, jika PKR yang bertanding satu lawan satu dengan BN, parti Keadilan dijangka akan menang sekurang-kurangnya majoriti 1,000 undi.

Tinjauan pendapat oleh badan pemikir Pakatan Harapan (PH) yang tidak dinamakan itu menunjukkan PKR mempunyai peluang yang lebih baik untuk memenangi PRK berbanding dengan PAN, lapor Sin Chew Daily semalam.

Sumber PH yang tidak dinamakan itu memberitahu Sin Chew Daily bahawa PAS tidak mempunyai peluang untuk menang, justeru itu parti Islam itu digesa memberi laluan untuk mengelakkan peluang pembangkang menang tetapi juga untuk menyelamatkan kedudukan tiga Exco parti itu dalam kerajaan negeri.

“Selain daripada tiga orang ahli exco, ada juga ahli majlis tempatan, ketua kampung, pegawai-pegawai majlis agama dan perlantikan dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan yang tidak kurang daripada 5,000 dari akar umbi PAS juga mungkin berisiko sekiranya berlaku perbalahan antara PH dan PAS, “kata sumber itu.

Sebelum ini, Azmin pernah menggunakan hasil kajian badan pemikir IDE (Institut Darul Ehsan) sebagai kaedah ugutan kepada DAP.

Selanjutnya, sila baca “Azmin Di Belakang Kajian IDEA ?

saif

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s