Lebih Sejuta Tandatangan Deklarasi Rakyat Adalah Palsu – Azharuddin, Pengaturcara Komputer

AIDCNews – 26/5/16 – Lebih sejuta tandatangan dalam Deklarasi Rakyat adalah palsu kata pengatur cara komputer bebas, Azharuddin Othman.

Azharuddin dalam kenyataan medianya hari ini mengaku terlibat dengan urus niaga menjual pangkalan data penduduk negara ini bagi mendapatkan 1.2 juta tandatangan untuk keperluan projek Deklarasi Rakyat yang digerakkan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pakatan pembangkang.

Menurutnya, dia telah dihubungi oleh seorang wanita bernama Ema atau lebih dikenali dengan ‘Ratu Naga’ yang meminta untuk membeli pangkalan data berkenaan.

“Saya pernah bertemu dengan dia, namun kebanyakan komunikasi dilakukan melalui aplikasi WhatsApp.

“Pada 27 April lalu dia telah menghubungi saya dan menawarkan RM5,000 untuk membeli pangkalan data itu bagi kegunaan projek memorandum Deklarasi Rakyat yang akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Kata Azharuddin, wanita itu turut mengakui pangkalan data itu diperlukan secepat mungkin untuk tujuan pemalsuan tandatangan Deklarasi Rakyat.

Dia kemudiannya menyerahkan pangkalan data tersebut melalui e-mel milik wanita terbabit beralamat prime.ratu@gmail.com.

Ditanya mengapa dia bertindak melakukan pendedahan tersebut, Azharuddin memberitahu, setelah semua proses penye­rahan pangkalan data itu selesai, wanita terbabit hanya membayar RM1,000.

“Saya hanya mendapat RM1,000 sahaja dan sehingga kini saya masih tidak menerima baki bayaran seperti yang dijanjikan.

“Saya juga telah membuat akuan bersumpah tentang perkara ini dan saya juga mempunyai salinan komunikasi WhatsApp dan e-mel antara saya dengan wanita berkenaan,” katanya yang mengaku sedar dan bertanggungjawab terhadap pendedahan itu.

print
azharuddin

Pada 18 Februari lalu, seorang wanita, Syarul Ema Rena Abu Samah, 35, yang menggunakan nama samaran Ratu Naga di laman sosial Facebook didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan menghantar komen bersifat menghina Perdana Menteri pada Oktober lalu menerusi Facebook.

Advertisements

2 thoughts on “Lebih Sejuta Tandatangan Deklarasi Rakyat Adalah Palsu – Azharuddin, Pengaturcara Komputer

  1. nilai sesuatu kebenaran dunia sekarang ini nampaknya adalah pada RM..jika bayaran penuh dijelaskan, mungkin perkara ini akan tidak terbongkar..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s