PAS Berterima Kasih Kepada Kerajaan Benarkan Usul Persendirian Dibentang

KUALA LUMPUR- PAS berterima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan usul Rang Undang-undang Persendirian untuk meluluskan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 dibentangkan di Dewan Rakyat, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Terima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan usul ini dibuat,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata usul persendirian yang sudah dibawa PAS sebanyak empat kali sejak tahun 1995 itu akhirnya diterima untuk dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat kali ini.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata usul persendirian yang dibentangkan untuk memperkasa Mahkamah Syariah itu hanya membabitkan orang Islam dan tidak berkait dengan orang bukan Islam.

Terdahulu, Abdul Hadi membentangkan usul persendirian bertujuan meminda Seksyen 2 bagi menggantikan peruntukan dalam undang-undang sedia ada iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas penganut agama Islam, dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara-perkara yang disenaraikan dalam butiran 1 Senarai Negeri, di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.

Ia juga bagi memasukkan seksyen 2A iaitu dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah seksyen 2, Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan, selain hukuman mati.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Idris Ahmad berkata penangguhan sesi bahas berhubung usul yang dibentangkan adalah untuk memberi peluang kepada semua Anggota Parlimen untuk mengikuti perbahasan itu pada sesi akan datang.

“Usul ini juga sebagai menyahut seruan Titah Diraja baru-baru ini untuk mengukuhkan Mahkamah Syariah, dan tidak membabitkan orang bukan Islam,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengakui pembentangan usul persendirian ini adalah bukti kejayaan kerjasama antara PAS dan Barisan Nasional (BN).

“Kerjasama itu wujud untuk perkara-perkara yang berdasarkan kepentingan bersama. Inilah contoh kerjasama yang PAS maksudkan. Kita berterima kasih kepada Speaker dan kerajaan yang membenarkan usul pindaan ini dibentangkan,” katanya – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s