PAS Serik Bekerjasama Dengan Pakatan Pembangkang – Abdul Hadi

AIDCNews – 27/5/16 – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui parti itu sudah serik untuk bekerjasama dengan parti pembangkang terutamanya PKR.

Ini kerana kata beliau, PAS berkerja sepanjang masa sedangkan parti pembangkang lain hanya hadir ketika musim pilihan raya sahaja.

“Terang-terang saya sebut, banyak pilihan raya kita beri kepada rakan kita ini (PKR). Masa pilihan raya, dia datang, lepas pilihan raya, dia tak datang, jadi orang PAS yang bekerja.

“Sudah berapa kali pilihan raya, orang PAS yang bekerja kuat kerana PAS bekerja sepanjang masa. (Tetapi) apabila tiba pilihan raya, dia datang, nak kawasan (bertanding).

“Ini bukan sahaja di Sungai Besar dan Kuala Selangor sahaja, kawasan lain pun begitu juga,”katanya kepada pemberita di pejabat Kesatuan Ulama Islam Sedunia pada Jumaat.

Abdul Hadi juga turut menyelar sikap DAP yang disifatkannya biadap dan anti-Islam.

Beliau berkata walaupun parti bukan Islam seperti MCA, Gerakan dan MIC juga kadangkala tidak bersetuju dengan agenda orang Islam namun mereka lebih tertib dan beradab jika mereka tidak bersetuju dengan hal berkenaan.

“(DAP) anti Islam, terang-terang saya sebut anti-Islam. Nak bermusuh dengan orang Islam. Tak beradab dengan orang Islam.

“MCA, Gerakan, MIC, banyak lagi parti-parti bukan Islam, (mereka) tak setuju, tetapi (mereka) ada adab dia.

“DAP ini tak tunjuk adab. Dia melenting dan terus menentang dalam perkara yang berkait dengan orang Islam. Tak berkait dengan dia pun.

“Saya rasa kesal dengan PAN yang digunakan oleh DAP. Ini orang Islam pula. (PAN) telah melanggar sempadan agama dia sendiri demi kepentingan politik,”katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s