Perbicaraan Kes Sivarasa Muat Naik Muka Hadapan Palsu Majalah Time 1 Ogos

KUALA LUMPUR- Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan 1 Ogos untuk perbicaraan kes Anggota Parlimen Subang R. Sivarasa yang didakwa memuat naik muka hadapan palsu majalah Time membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di laman Facebooknya.

Hakim Amernudin Ahmad menetapkan tarikh itu selepas kes itu disebut di hadapannya. Mahkamah juga menetapkan 19 Julai untuk sebutan semula kes itu.

Sivarasa, 60, mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan menggunakan perkhidmatan aplikasi melalui laman akaun Facebook ‘Sivarasa Rasiah’ dalam dua pautan iaitu secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang palsu sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Peguam itu didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu pada 7.41 malam, 22 Mac lepas dan 4.59 pagi, 23 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua pautan itu dibaca di No A-1110, Tingkat 11, Menara A Pandan Kapital, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah di sini pada 9.20 pagi hingga 9.30 pagi, 23 Mac lepas.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar manakala peguam Melissa Sasidaran mewakili Sivarasa – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s