PRK : Pakatan Harapan Boleh Lupakan Rundingan Dengan PAS – Abdul Hadi

AIDCNews – 27/5/16 – PAS bertegas tidak akan berunding dengan Pakatan Harapan bagi memberi laluan kepada mereka meletakkan calon pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun ini.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS tidak mahu lagi bekerjasama dengan pembangkang yang menyertai pakatan itu memandangkan selama ini PAS banyak berkorban untuk menyelamatkan reputasi pakatan pembangkang.

“Kalau nak suruh PAS bekerja bagi pihak dia, PAS memang tidak boleh terima lagi sebab banyak kawasan yang kita lepaskan kepada mereka sebelum ini yang tidak diambil peduli, hanya orang PAS yang buat kerja untuk mereka.

“Mereka (pembangkang) hanya datang waktu pilihan raya, sudah berapa banyak pilihan raya orang PAS yang kerja kuat sebab mereka bekerja sepanjang masa,” katanya kepada pemberita di pejabat Kesatuan Ulama Islam Sedunia pada Jumaat.

Katanya, beliau yakin PAS boleh memenangi kedua-dua kerusi berkenaan tanpa sokongan pakatan itu memandangkan PAS sudah bertapak lama di dua-dua kawasan berkenaan dan rekod pilihan raya sebelum ini PAS berjaya meningkatkan majoriti undi walaupun gagal merebut dua kerusi Parlimen itu.

“Kita tidak beri apa-apa harapan kepada Pakatan Harapan sebab kita yakin dengan kekuatan kita sendiri..ini parti yang baru nak bertunas, sedangkan kita dah bertunjang di situ,” katanya.

Mengulas mengenai calon yang bakal diketengahkan pada PRK tersebut, Abdul Hadi berkata PAS akan mencalonkan empat nama yang telah dipersetujui Majlis Syura.

“Calon-calon berkenaan merupakan anak tempatan. Saya akan mengumumkan nama-nama yang akan bertanding malam ini di Sungai Besar, manakala Timbalan saya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan mengumumkan calon di Kuala Kangsar,” katanya.

Sementara itu, satu sumber dalaman PKR memberitahu kepada portal Berita Daily bahawa PKR akan menarik diri dan memberi laluan kepada calon PAN bertanding di PRK Sungai Besar.

PKR juga dilaporkan menyokong calon PAN bertanding di PRK Kuala Kangsar.

“Kami telahpun mendapat arahan supaya bersiap sedia menghadapi PRK, bekerjasama dengan Amanah.

“Ya. Kami diberitahu bahawa pucuk pimpinan parti akan bantu Amanah pada PRK kali ini. Dan kami akan turun ke kedua-dua kawasan parlimen itu untuk berkempen bagi pihak Amanah,” kata sumber yang enggan mendedahkan namanya kepada Berita Daily.

Jelasnya lagi, perbincangan dengan PAS tidak berjaya selepas parti Islam itu berkeras untuk mencalonkan wakil pembangkang dari kalangan parti itu.

“Tetapi, nampaknya pucuk pimpinan PH tidak begitu percaya dengan PAS yang kini khususnya Presiden PAS Abdul Hadi Awang lebih mesra dengan Umno berbanding PH,” katanya lagi.

Ketika ditanya mengapa PKR tidak bertanding di Sungai Besar, sumber tersebut berkata bahawa PKR sedia memberi ruang kepada Amanah demi semangat muafakat.

“Pada kami (PKR),memang mempunyai peluang untuk memenangi di PRK Sungai Besar, tetapi ini bukan soal PKR atau Amanah tetapi Pakatan Harapan.

“Dengan adanya PKR, DAP dan Amanah peluang PH untuk menawan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar lebih cerah berbanding PAS,” ujarnya.

Katanya, keputusan meletakkan calon PAN di kedua-dua kerusi parlimen akan diumumkan secara rasmi pucuk pimpinan dalam masa terdekat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s