PRK : PAN Akan Tetap Bertanding Di Sungai Besar & Kuala Kangsar Meskipun PKR Berkecuali – Khalid Samad

khalid AIDCNews – 27/5/16 – Parti Amanah Negara (PAN) akan tetap meletakkan calon parti itu bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala kangsar meskipun PKR mengambil sikap berkecuali, kata Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad.

Beliau berkata secara prinsipnya mesyuarat Pakatan Harapan (PH) yang diadakan semalam telah bersetuju memberi mandat terhadap PAN untuk meletakkan calon di kedua-dua PRK itu.

“Perbincangan (PH) telah diadakan dan telah diputuskan bahawa PH akan meletakkan calon di kedua-dua kerusi pilihan raya.

“Secara prinsipnya dipersetujui yang akan mewakili PH adalah parti Amanah.

“Atas semangat yang sama telah pun disebut dan kita (PAN) tidak ambil hati, sekiranya PKR tidak membantu dalam PRK ini,”kata Khalid.

Jelas Khalid, beliau memahami dilema yang dihadapi PKR khususnya dalam Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“PKR ini, dia hubungan dengan PAS. Pada masa sama, dia ada hubungan dengan Amanah. Maknanya dia (PKR) mahu mengambil sikap tidak membantu, dia nak duduk (berkecuali), dia tak nak bangun tolong sesiapa.

“Ahli-ahli (PKR) mungkin diberi (untuk calon PH), tetapi sebagai satu parti, mereka (PKR) tidak mahu membantu, bagi kami di Amanah, kami tidak ambil hati, sebab kita faham, kita tidak mahu kerana kita (PAN) bertanding, maka hubungan mereka (PKR) dengan PAS terjejas, kerajaan Selangor pun terjejas “katanya.

Sementara itu Khalid berkata calon-calon PAN bagi kedua-dua PRK itu bakal diumumkan pada Rabu ini.

“Kita letak banyak nama sebagai calon antaranya Mat Sabu (Presiden Amanah Mohamad Sabu) dan Nizar (Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin),” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata calon-calon itu juga tidak dikhususkan daripada di kalangan anak tempatan sahaja.

3 thoughts on “PRK : PAN Akan Tetap Bertanding Di Sungai Besar & Kuala Kangsar Meskipun PKR Berkecuali – Khalid Samad

  1. Mmg inilah tujuan penubuhan PAN oleh DAP. Matlamat utamanya cuba merampas kerusi melayu sebanyak mungkin. PKR pun terpaksa akur walaupun Azmin beria ia mahu bertanding utk menguatkan kedudukan PKR.

    Apapun PKR dan PAN ada alasan yg sama kononnya dpt sokongan kaum cina. Satu yg perlu diberi perhatian kekuatan DAP menurun hampir separuh ketika PRN Sarawak. Ini luar dugaan pakar2 politik PH. DAP masih lg DAP yg sama. Di Selangor pun ada juga suara tak puas hati kerjasama PKR-PAS. Jd kita tak boleh cakap jaminan sokongan kaum cina.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s