Sabah Tidak Layan Tuntutan Filipina – Musa Aman

KOTA KINABALU- Sabah tidak pernah mengiktiraf atau mengakui tuntutan oleh Filipina atau mana-mana pihak lain ke atas negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman hari ini.

“Biar saya jelaskan, Sabah berada dalam Malaysia dan memilih untuk kekal dalam Persekutuan Malaysia dan akan terus menjadi sebahagian daripada negara yang berdaulat ini sejak dari penubuhannya,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini.

Beliau mengulas hasrat calon Presiden Filipina, Rodrigo Duterte untuk meneruskan tuntutan negara itu ke atas Sabah.

Musa berkata penduduk di Sabah telah menikmati keamanan, kestabilan dan kemakmuran ekonomi dalam Malaysia.

“Kesetiaan kami ialah kepada bendera Malaysia. Tuntutan (Filipina) adalah tidak relevan,” kata beliau- BERNAMA

sabah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s