Mengapa Ada Profesor Universiti Islam Dakwa Homoseksual Dibenarkan Islam? – Dr Khalif

seminar liberal AIDCNews – 28/5/16 –Pelbagai kesongsangan pemikiran telah berlaku di kalangan sesetengah golongan intelektual Islam di Malaysia kata, Profesor Madya di Center for Advanced Studies on Islam, Science and Civilization (CASIS), UTM, Dr. Khalif Muammar A. Harris.

“Mengapa ada profesor di universiti Islam yang mengatakan bahawa homoseksual dibenarkan dalam Islam? Ada juga profesor yang menolak Shari’ah kerana dianggap bertentangan dengan hak asasi manusia ala Barat?

“Apakah khalwat, minum arak dosa peribadi, oleh kerananya, sesiapapun berhak diberikan kebebasan untuk melakukannya?

“Apakah Liberalisme bertentangan dengan Islam? Mengapa umat Islam perlu menolaknya?,”soal Dr. Khalif sambil berkata semua persoalan di atas akan dijawab dalam satu program pada 29 Mei ini.

Program itu bertajuk “Seminar liberalisme : Maslahah atau Mafsadah?” anjuran Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) dengan kerjasama CASIS UTM, Fakulti Pengajian Islam dan Pusat Islam UKM dan JAKIM akan diadakan Dewan Tun Abdullah Mohd Saleh, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi bermula jam 8.00 hingga 1.15 tengahari.

dr kahlif

Sementara itu, blog bangkit.info mempersoal ketidaktegasan pihak kerajaan membenarkan seorang profesor sekular dari luar negara bebas datang ke Malaysia.

Profesor itu ialah Dr Abdullahi Ahmed An-Naim, berasal dari Sudan dan menjadi pensyarah di Universiti Undang-Undang, Emory, Amerika Syarikat:

Dr Abdullahi Ahmed An-Naim

Beliau adalah antara tokoh terkemuka yang diangkat oleh barat kerana fahaman negara liberal dan bertegas menolak perundangan Syariah.

Beliau mendakwa perundangan Syariah adalah bukan daripada sumber wahyu, dan cuma diperoleh daripada proses ijtihad para ulama. Proses ijtihad ini menurutnya telah menjadikan sistem ini bukan lagi berlandaskan wahyu, akan tetapi cuma dari hasil pemikiran dan campur tangan manusia.

Nuansa perjuangan beliau yang mengatakan hukum syariah bukan berasaskan kepada wahyu begitu selari dengan apa yang diperjuangkan oleh kumpulan NGO yang difatwakan sesat oleh Negeri Selangor iaitu Sisters In Islam (SIS) dan juga NGO dan kumpulan-kumpulan Islam Liberal lain seperti Islamic Renaissance Front (IRF) dan kumpulan G25.

Beliau juga menyeru agar perundangan Syariah dirombak agar selari dan senada dengan hak asasi universal sejagat.

*Tolak Quran Kalau Tidak Selari Dengan Hak Asasi Universal*

Baginya, mana-mana ayat Quran dan Sunnah yang tidak konsisten dengan hak asasi universal perlulah ditolak daripada dijadikan sumber perundangan dan cuma dianggap terbatas kepada konteks sejarah silam sahaja.

Menurutnya, hanya ayat-ayat Quran dan hadis yang senada dengan hak asasi universal sahaja boleh digunakan sebagai asas dalam perundangan Islam.

*Syariah Perundangan Lapok*

Dr Abdullahi Ahmed An-Naim berpendapat perundangan Syariah yang sedia ada pada masa sekarang ini adalah lapuk dan tidak lagi sesuai dilaksanakan pada zaman ini. Beliau berpendapat agar perundangan ini dirombak supaya tidak lagi mendiskriminasikan dan memberi layanan buruk kepada kaum wanita, mereka yang bukan Islam, dan golongan murtad. Beliau juga dikatakan pernah berkata, _”if I don’t have the freedom to disbelieve, I cannot believe.”_

*Islam Disebar Melalui Jalan Perang?*

Dr Abdullahi Ahmed An-Naim berkata bahawa pemahaman tradisional perundangan Syariah membenarkan negara bukan Islam diserang dan ditakluki sebagai langkah untuk menyebarkan Islam. Beliau juga berkata bahawa Syariah klasik membenarkan tahanan lelaki untuk dibunuh, dan kaum wanita dan kanak-kanak dijadikan hamba tawanan perang sepertimana yang telah dilakukan oleh pengikut ISIS terhadap kaum wanita Yazidi di Syria. Beliau berpendapat bahawa ISIS boleh diatasi sekiranya umat Islam sepakat untuk menggunakan penafsiran alternatif bagi dalil-dalil perundangan Syariah.

*Sokong Sekular & Tolak Konsep Negara Islam*

Dr Abdullahi Ahmed An-Naim juga sangat tidak bersetuju dengan konsep negara Islam. Bahkan beliau berpendapat bahawa umat Islam amat memerlukan negara yang sekular.

Baginya, adalah mustahil bagi sesebuah negara untuk dikira sebagai ‘Islam’ sedangkan negara itu sendiri bukanlah sebuah entiti yang boleh berfikir, merasa ataupun beriman. Jadi bagaimana negara tersebut boleh dikira sebagai negara Islam?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s