Mengapa Bukan Islam Menggelabah Pindaan Hukum Syariah untuk Orang Islam ?

mynation.news – Mengapa wakil rakyat bukan Islam terutama daripada DAP menggelabah apabila cadangan Rang Undang Undang mengenai undang-undang syariah yang berkaitan dengan orang Islam?

Tidakkah ia menimbulkan kemusykilan terhadap niat sebenar mereka?

Cuba lihat dalam foto berikut, tunjukkan yang mana salah seorang daripada kesemua wakil rakyat DAP ini adalah beragama Islam dan berkaitan dengan undang-undang syariah?

Kenyataan Guan Eng semalam “Tidak lama lagi, kita akan lihat negara amalkan dua sistem (undang-undang)” selepas membantah pembentangan usul persendirian “cadangan pindaan Akta 355” oleh Presiden PAS, TG Hadi Awang, di Parlimen semalam. Sebenarnya MEMANG sekarang ini kita sudah pun ada dua sistem – mahkamah sivil dan mahkamah syariah. (Sumber: A Karim Omar)

 

DAP BANTAH SYARIAH

Mengimbau kembali tindak-tanduk DAP, ketika Pilihanraya Umum ke-13 pada 2013, puas dijaja oleh pemimpin DAP menyokong hukum hudud dengan berulangkali menyatakan mengapa takut kepada undang-undang jika kita tidak membuat kesalahan?

 

Bukankah keadilan di mahkamah memberikan peluang kepada tertuduh untuk membela diri? Malah, jika tidak mampu melantik peguam, kerajaan turut menyediakan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang sudah ditubuhkan sejak 25 Januari 2011.

YBGK menyediakan khidmat nasihat dan bantuan guaman dalam kes jenayah termasuk jenayah Syariah pada peringkat tangkapan, reman, pertuduhan, permohonan ikat jamin, mitigasi, perbicaraan dan rayuan secara PERCUMA kepada semua warganegara Malaysia.

Maka, sebagaimana dijaja pemimpin DAP ketika PRU13 dahulu, mengapa kita perlu bimbang kepada hukuman yang dikenakan undang-undang jika kita tidak melakukan jenayah? Mengapa hari ini nada itu berubah? Benarlah jeritan mereka selama ini, Ubah, Ubah. Mereka akan berubah mengikut nafsu politik.

Pendirian DAP berubah-ubah. Berubah mengikut acuan serta kehendak politik mereka biarpun ia melibatkan Islam, agama yang mereka tidak fahami namun cuba menjadi juara hanya bersandarkan carian google. Tidakkah itu menggambarkan wajah DAP yang sebenar?

Seksyen 2. Bidang kuasa Jenayah Mahkamah Syariah.

Mahkamah Syariah yang ditubuhkan dengan sempurnanya di bawah mana-mana undang-undang dalam sesuatu Negeri dan diberi bidang kuasa ke atas orang-orang yang menganuti agama Islam dan berkenaan dengan mana-mana perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai II dalam Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan adalah dengan ini diberi kuasa berkenaan dengan kesalahan-kesalahan rukun-rukun agama Islam oleh orang-orang yang menganuti agam tersebut yang boleh ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

Pemindaan undang Akta 355 hanyalah kesalahan di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah sahaja sekaligus ia berkaitan dengan orang Islam. Tiada hukuman potong tangan untuk kesalahan mencuri kerana ia di luar bidang Akta 355.

Mengapa Lim Guan Eng dan rakan-rakan wakil rakyatnya yang bukan beragama Islam terlalu bimbang dengan suatu akta yang tidak berkaitan dengan bukan Islam?

Atau Guan Eng sebenarnya sedang dibayangi kebimbangan akan undang-undang Kanun Keseksaan atau Akta Pencegahan Rasuah Malaysia yang kini memburu beliau hingga tidak dapat membezakan rang undang-undang Islam dengan rang undang undang am?

Adakah orang bukan Islam memahami kehendak agama kita hanya kerana merujuk kepada carian google?

Di kala serangan berterusan daripada wakil rakyat bukan Islam termasuk seorang anggota Exco kerajaan negeri Kedah yang menggelabah meletak jawatan dan keluar daripada MCA kerana kononnya membantah hukuman yang tidak ada kena mengena dengan orang bukan Islam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi penjelasan paling mudah difahami di akaun Facebook miliknya.

PM Pindaan Syariah

“Rang Undang-Undang yang dibentangkan oleh Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat semalam bukanlah hukum hudud.

“Sebaliknya ia adalah cadangan pindaan kepada undang-undang sedia ada yang terhad kepada orang Islam sahaja dan kelulusannya masih bergantung kepada Majlis Agama Islam negeri, Majlis Raja-Raja serta pindaan undang-undang di Parlimen.

“Umno menitikberatkan hubungan dan kesepakatan dengan parti komponen BN yang lain. Kita akan bersama-sama mengutamakan kepentingan negara dan masyarakat majmuk di Malaysia,” jelasnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s