PKR Ambil Sikap Berkecuali Tidak Hadir Pelancaran Gerak Kerja PAN Kuala Kangsar

pan perak
AIDCNews – 28/5/16 – Salah satu parti kompenan Pakatan Harapan (PH), PKR dilihat mengambil sikap berkecuali dengan tidak menghadiri majlis pelancaran gerak kerja Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar hari ini.

Majlis pelancaran gerakan gerak kerja PAN untuk PRK Kuala Kangsar itu diadakan di Lot 5, Kota Lama Kanan, Jambatan Sayong Kuala Kangsar hari ini bermula dari 9 pagi hingga 1 tenghari.

Ia dirasmikan oleh Penasihat Umum parti itu, Ustaz Ahmad Awang.

Selain kepimpinan PAN Perak yang diketuai Asmuni Awi dan Timbalannya, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, majlis itu turut dihadiri oleh Penasihat DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham bersama kepimpinan DAP negeri.

Namun, tiada kelihatan seorang pun kepimpinan daripada PKR sama ada di peringkat pusat dan negeri.

Sebelum ini Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad telah menjelaskan bahawa PKR mungkin akan mengambil sikap berkecuali dalam kedua-dua PRK sama ada di Kuala Kangsar atau Sungai Besar.

“Atas semangat yang sama telah pun disebut dan kita (PAN) tidak ambil hati, sekiranya PKR tidak membantu dalam PRK ini.

“PKR ini, dia hubungan dengan PAS. Pada masa sama, dia ada hubungan dengan Amanah. Maknanya dia (PKR) mahu mengambil sikap tidak membantu, dia nak duduk (berkecuali), dia tak nak bangun tolong sesiapa.

“Ahli-ahli (PKR) mungkin diberi (untuk calon PH), tetapi sebagai satu parti, mereka (PKR) tidak mahu membantu, bagi kami di Amanah, kami tidak ambil hati, sebab kita faham, kita tidak mahu kerana kita (PAN) bertanding, maka hubungan mereka (PKR) dengan PAS terjejas, kerajaan Selangor pun terjejas “katannya.

Selanjutnya sila baca “PRK : PAN Akan Tetap Bertanding Di Sungai Besar & Kuala Kangsar Meskipun PKR Berkecuali – Khalid Samad

pan perak2

pan perak3

pan perak5

pan perak1

pan perak4

2 thoughts on “PKR Ambil Sikap Berkecuali Tidak Hadir Pelancaran Gerak Kerja PAN Kuala Kangsar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s