PRK : PAN Dakwa PAS Letak Calon Untuk Pecah Undi

prk sg besarAIDCNews – 28/5/16 –Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa PAS meletak calon di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar bertujuan untuk memecah undi dan bukannya untuk menang di PRK itu.

Setiausaha Organisasi PAN, Suhaizan Kaiat berkata pencalonan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru Dr Abdul Rani Osman di PRK Sungai Besar bukan bertujuan untuk menang, sebaliknya untuk memecahkan undi masyarakat Cina.

Suhaizan Kaiat
“Strategi BN letak YB Budiman adalah untuk dapatkan sokongan Melayu. Strategi PAS letakkan YB Dr Rani adalah untuk tarik sokongan Cina yang tidak diperolehi oleh BN. Bukan pun untuk memenangkan PAS.

“Jika benar-benar PAS nak lawan BN sepatutnya PAS letak YB Solihin Mukhyi yang boleh tarik undi Melayu daripada YB Budiman.

“Kesimpulannya, inilah kerjasama tersirat UMNO dan PAS untuk menangkan BN,”dakwanya dalam Facebook hari ini.

Semalam PAS mengumumkan Dr Abdul Rani sebagai calon parti itu bagi PRK Parlimen Sungai Besar pada bulan hadapan.

Pengumuman itu dibuat oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis pengumuman calon PAS dan pelancaran jentera pilihan raya kecil di Markas Induk PAS Sungai Besar.

Manakala di pihak BN pula mencalonkan ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi diumum sebagai calon bagi PRK parlimen tersebut.

Pengumuman itu dibuat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden UMNO di hadapan kira-kira 2,000 penyokong itu pelancaran jentera PKR itu di Pusat Arahan BN di Sungai Panjang.

Sungai Besar mempunyai 42,836 pengundi berdaftar dengan 67.18 peratus pengundi Melayu, 30.68 peratus pengundi Cina, 1.91 peratus pengundi India dan 0.23 peratus pengundi dari kaum lain.

Menyokong pendapat Suhaizan, Muhammad Radzi Ismail turut menambah keadaan yang sama juga berlaku di PRK Kuala Kangsar.

Menurutnya, pencalonan Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad sebagai calon PAS bagi PRK Parlimen Kuala Kangsar bukan untuk melawan calon BN, sebaliknya untuk melawan calon Pakatan Harapan (PH)

Pengumuman Dr Najihatussalehah dibuat Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di padang berhampiran markas PAS Kuala Kangsar, Bukit Chandan malam tadi.

“Rupanya letak calon tu nak memecahkan undi Cina kepada PH. Nampaknya bukan nak lawan UMNO tapi nak melawan PH.

“Masuk PRK pun bukan sekadar nak melawan tetapi membuat kacau. Di Kuala Kangsar pun menggunakan strategi yang serupa,”katanya.

Advertisements

2 thoughts on “PRK : PAN Dakwa PAS Letak Calon Untuk Pecah Undi

  1. Bodoh PAN, lantak lah strategi jenis apa pun PAS nak guna. Dia nak pecahkan undi ke, dia nak tikam belakang ke, kenapa PAN mengeliat mcm kera? PAN bertandinglah sebagai anak jantan, jgn bising sana sini, kenapa? Takut kalah teruk ke?

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s