Azmin Ali Akan Singkir 3 Exco PAS Selangor Selepas PRK Sungai Besar ?

AIDCNews – 30/5/16 –Semakin kuat khabar angi disebarkan bahawa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan menyingkir tiga exconya di kalangan PAS selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.

Tiga Exco PAS itu ialah Datuk Iskandar Samad, Datuk Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.

“Jangan terkejut kalau ada rombakan EXCO lepas PRK Sungai,”kenyataan dari @PecatFaekah, Twitter yang dilihat sangat rapat dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Twitter yang dipercayai ditulis oleh salah seorang pemikir Azmin itu merumuskan berlaku pergelutan kuasa dalaman di antara Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Awang dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad.

“PAS Selangor tersepit dengan keputusan politik Presiden PAS. Jentera PAS masih kuat sentimen anti-UMNO. Kesian Pesuruhjaya PAS Selangor.

“Hampir pasti 3 penjuru #PRK Sg Besar. Undi Cina undi penentu. Kalau Abg Mat masuk bertanding, bakal menjadi kerusi parlimen pertama Amanah,”katanya.

az

az2

Pendapat sama turut disebarkan oleh blogger pro PAN, Abdul Rahman Abdul Talib yang menulis satu artikel khas bertajuk “PAS Akan Dikeluarkan Dari Kerajaan Selangor Selepas PRK???

Tulisan penuh Abdul Rahman yang lebih dikenali Tulang Besi adalah seperti berikut :

Maklumat Tulang Besi dapat Azmin Ali akan ambil tindakan nekad lepas PRK nanti utk membuang PAS dari kerajaan negeri.

Semua ahli2 Majlis, penghulu, tok sidang, nazir yg mewakili PAS bakal tersingkir dari kerajaan negeri.

Haji Hadi hari ini pun telah memberi temuramah di mana secara terbuka Haji Hadi melahirkan perasaan kesal dan benci kepada PKR dan kepada Azmin Ali juga.

Selepas Muktamar 2015 yg lepas, inilah kali pertama Haji Hadi memaki PKR secara terbuka.

Dari maklumat yang Tulang Besi dapat, ramai pemimpin2 PAS di peringkat Selangor menyokong Azmin Ali sehingga ke tahap mereka sudah bersetuju memberi kerusi Sungai Besar kepada PKR.

Namun, keputusan itu disanggah oleh Haji Hadi dan geng Terengganu.

Maka, sekarang ini seperti sedang berlaku pemberontakan senyap di Selangor menentang Haji Hadi dipimpin oleh Iskandar Samad.

Orang2 PAS Selangor yg pro Haji Hadi telah lama merungut betapa Iskandar lebih mendengar kata2 Azmin Ali dari Haji Hadi.

Ramai yang secara terbuka mempersoalkan kesetiaan Iskandar Samad.

Mengikut sumber yang tidak boleh Tulang Besi dedahkan, pencalon Dr Rani berbanding Solihin Mukhyi adalah kerana ada kemungkinan Dr Rani akan dilantik semula menjadi PJ Selangor menggantikan Iskandar Samad.

Haji Hadi dan geng2 ulama telah pun hilang kepercayaan kepada Iskandar Samad dan beberapa pemimpin PAS Selangor yang lain.

DR RANI CALON SUNGAI BESAR YANG TULANG BESI KENALI

Tidak hairanlah maklumat ini kerana Tulang Besi mengenali Dr Rani ini secara pribadi. Beliau memang suka berperangai talam dua muka dan seorang opportunis.

Beliau tiada masalah bekerjasama dengan geng Haji Hadi asalkan dia boleh naik kembali.

Dr Rani bukan seorang yang berkeperibadian yang mulia dan mempunyai lidah yang sangaat jahat.

Beliau akan memburukan sesiiapa sahaja demi beliau sendiri boleh naik ke atas.

Atas sebab itulah Dr Hasan Ali pernah mengugurkan Dr Rani sebagai TPJ Selangor pada tahun 2007.

Dr Hasan Ali telah berjaya mencium konspirasi Dr Rani yang giat menghasut dan menista Hasan Ali supaya beliau dapat merebut jawatan PJ Selangor.

PELUANG AZMIN MENGGANTI ANWAR IBRAHIM

Kalau benar cerita Azmin Ali akan buang PAS dari kerajaan negeri,Azmin akan jadi pemimpin PAkatan Harapan tanpa ragu dan mengganti Anwar Ibrahim.
Anwar sudah tidak diperlukan lagi selepas tu

Azmin boleh menjadi undisputed leader of Pakatan Harapan seperti Anwar Ibrahim.

TULANG BESI

One thought on “Azmin Ali Akan Singkir 3 Exco PAS Selangor Selepas PRK Sungai Besar ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s