PAS Tunggu & Lihat Arah Mana Sokongan PKR – Mohd Amar

AIDCNews – 30/5/16 – PAS mengambil pendekatan tunggu dan lihat parti mana yang akan dibantu PKR pada dua pilihan raya kecil yang akan datang, kata Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Abdullah.

Beliau berkata ia akan menjadi lebih menarik untuk melihat sama ada PKR akan membantu PAS atau parti serpihan, PAN dalam kempen yang akan datang atau mengemukakan calon partinya sendiri.

“Saya tidak boleh jawab pihak mana yang akan dibantu PKR sepanjang tempoh berkempen dan sama ada PKR akan membantu PAS atau Amanah, ia masih belum jelas lagi,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci rumah kepada pemilik 42 unit rumah teres dua tingkat yang siap dibina Profil Impian Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kelantan di Pengkalan Chepa pada Isnin.

Mohd Amar diminta mengulas laporan sebuah akhbar bahawa PKR kini tersepit untuk memilih parti mana untuk dibantu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata PAS sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan termasuk berkempen secara bersendirian pada kedua-dua PRK nanti.

“Kita akan tunggu dan lihat apa sahaja yang akan berlaku nanti, dan saya percaya PAS sedia untuk berdepan sebarang kemungkinan termasuk berkempen sendirian,” katanya.

AIDCNews pada Sabtu melaporkan PKR kini mahu dilihat telah mengambil sikap berkecuali apabila tidak menghadiri majlis pelancaran gerak kerja Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar yang dilancarkan pada hari itu.

Majlis pelancaran jentera PAN Kuala Kangsar itu hanya dihadiri oleh barisan kepimpinan PAN Perak bersama denga kepimpinan DAP negeri sahaja, tanpa penglibatan kepimpinan PKR sama ada di peringkat pusat atau negeri.

Sebelum ini Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad telah menjelaskan bahawa PKR mungkin akan mengambil sikap berkecuali dalam kedua-dua PRK sama ada di Kuala Kangsar atau Sungai Besar.

“Atas semangat yang sama telah pun disebut dan kita (PAN) tidak ambil hati, sekiranya PKR tidak membantu dalam PRK ini.

“PKR ini, dia hubungan dengan PAS. Pada masa sama, dia ada hubungan dengan Amanah. Maknanya dia (PKR) mahu mengambil sikap tidak membantu, dia nak duduk (berkecuali), dia tak nak bangun tolong sesiapa.

“Ahli-ahli (PKR) mungkin diberi (untuk calon PH), tetapi sebagai satu parti, mereka (PKR) tidak mahu membantu, bagi kami di Amanah, kami tidak ambil hati, sebab kita faham, kita tidak mahu kerana kita (PAN) bertanding, maka hubungan mereka (PKR) dengan PAS terjejas, kerajaan Selangor pun terjejas “katannya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s