PRK Kuala Kangsar & Sungai Besar Penentu Trend PRU 14 – PASMA

pasmaAIDCNews – 30/5/16 – Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) berpendapat Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar merupakan penentu trend bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) khususnya berkaitan dengan pertandingan tiga penjuru.

“Kalau PRK di sini (Parlimen Kuala Kangsar) menunjukkan trend bertembung lebih tiga penjuru seperti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak baru-baru ini , ini sepatutnya masa terbaik untuk (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil PRU14.

“PASMA mesti bekerja dengan ambil kira trend pertembungan lebih dari tiga penjuru, umumnya kalau nak menang mesti dapat lebih 35 peratus sahaja,” kata Setiausaha Agung PASMA , Ustaz Taib Ahmad ketika memberi taklimat khas kepada jentera PASMA di Pejabat PAN Kuala Kangsar dekat Jalan Daeng Selili, malam tadi.

Ustaz Taib yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAN Kedah turut menyeru ahli-ahli NGO itu agar bekerja keras bagi memastikan calon dari Pakatan Harapan (PH) menang di PRK Kuala Kangsar meskipun berlaku pertandingan tiga penjuru.

Presiden PASMA, Datuk Ir. Phahrolrazi Mohd. Zawawi dalam ucapannya turut menegaskan bahawa PAN sepatutnya telah bersedia untuk menggantikan PAS sepenuhnya.

“AMANAH ini mesti bersedia menggantikan PAS dalam Pakatan Harapan, sebab itu peringkat nasional parti pun antaranya menyatakan hasrat supaya bertanding di Kuala Kangsar dan Sungai Besar (dekat Selangor).

“PASMA yang ada pada hari telah menghantar wakilnya bukan sahaja dalam Amanah, malah dalam DAP seperti Mejar (B) Zaidi Ahmad dan Ustaz Sophian Mohd. Zain; serta dalam PKR pun ada wakil NGO kita.

“PASMA mesti bekerja ke arah mewujudkan sistem dua parti, ada Pakatan Harapan dan Barisan Nasional, dan kita mesti memenangkan calon Pakatan Harapan,” tegas Phahrolrazi yang juga AJK PAN Pusat.

Ketua Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar(bertanda bulat) turut hadir mengemukakan data-data kajian berkenaan PRK Kuala Kangsar
Ketua Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar(bertanda bulat) turut hadir mengemukakan data-data kajian berkenaan PRK Kuala Kangsar

Phahrolrazi turut menggesa Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail segera memanggil anggota Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk bermesyuarat menentukan calon PH bagi kedua-dua PRK itu.

“Umum calon pada saat akhir bukanlah strategi yang terbaik, kerana Pakatan Harapan perlukan masa dan tenaga kempen untuk memastikan kita menang (dalam PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

“Yang mengumumkan AMANAH bertanding di Kuala Kangsar dan Sungai Besar ini seakan masih bukan keputusan rasmi Majlis Presiden Pakatan Harapan, itu hanya pengumuman daripada YB Khalid Samad (Pengarah Komunikasi PAN Pusat) dan beberapa pemimpin lain.

“Dan, pemimpin tertentu Pakatan Harapan yang pergi berunding dengan PAS untuk mengelak pertembungan lebih dua penjuru di Sungai Besar itu juga bukan keputusan mesyuarat yang rasmi kerana Majlis Pemimpin Tertinggi Pakatan Harapan tidak pernah bermesyuarat dengan keputusan sebegitu.

“Dr. Wan Azizah (Presiden PKR) mesti segera duduk dengan Saudara Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) dan Haji Mohamad Sabu (Presiden AMANAH) untuk putus parti mana yang akan bertanding dan siapakah calon yang Pakatan Harapan pilih di kedua-dua PRK ini,” tegasnya.

sekinchan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s