Rafizi Buat Laporan SPRM Berhubung Dakwaan Rasuah Kerajaan Selangor

rafPUTRAJAYA- Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli hari ini membuat laporan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini berhubung dakwaan rasuah dalam kerajaan negeri Selangor.

Beliau tiba di bangunan SPRM pada 12 tengah hari dengan diiringi Anggota Parlimen Kelana Jaya Wong Chen, Anggota Parlimen Kapar G. Manivannan dan Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah.

Rafizi turut mengemukakan maklumat dan bukti berhubung salah laku pentadbiran kerajaan negeri Selangor serta individu-individu yang didakwanya terlibat.

“Saya tidak boleh dedahkan butirannya pada masa ini. Satu-satunya harapan saya ialah biarlah SPRM menjalankan siasatannya tanpa diganggu politik dan pelbagai persepsi lain.

“Anggaplah ini sebagai perkara biasa. Kalau ada asas, mereka (SPRM) teruskan (siasatan). Kalau ada maklumat, boleh serahkan kepada SPRM,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di perkarangan Ibu Pejabat SPRM di sini.

Dalam mesyuarat Biro Politik PKR pada 24 Mei lepas, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meminta Rafizi mengemukakan semua bukti berhubung dakwaan rasuah kerajaan negeri Selangor kepada SPRM.

Baru-baru ini, beberapa portal berita melaporkan kononnya terdapat amalan rasuah dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Laporan itu dibuat berikutan pendedahan perbualan aplikasi WhatsApp Rafizi yang didakwa mendedahkan wujud permintaan ‘untuk mendapatkan wanita’ sebagai habuan dalam urusan dengan kerajaan negeri.

Rafizi dalam perbualan itu didakwa mengatakan menerima aduan bahawa selain wang yang diminta untuk berurusan dengan kerajaan negeri, terdapat juga permintaan bagi mendapatkan wanita – BERNAMA

Advertisements

One thought on “Rafizi Buat Laporan SPRM Berhubung Dakwaan Rasuah Kerajaan Selangor

  1. Ingat suatu masa selepas Anwar dipecat, mereka mengatakan bahawa UMNO dan BN melakukan kezaliman, rasuah, kroni, nepotisma dan bemacam lagi label ke atas musuh politiknya.

    Nah, sekarang hampir terang lagi bersuluh mereka memang terpalit dengan perkara yang sama. Ianya bukannya bermula sekarang tetapi sejak mereka menubuhkan parti mereka sendiri dengan memilih kroni dengan amalan nepotisma dalam parti yang ditubuhkan. Anak bapak, suku sakat, suami isteri dan kawan2 dalam jawatan penting dalam parti dan Ahli Parlimen serta ADUN.

    Pembangkang memang handal menyorok dalam aktiviti politik mereka. Nampak elok dari luar tetapi melencong dari dalam.

    Betapa bingungnya penyokong pembangkang terutamanya yang muda melihat keadaan parti yang disokong nampak macam baik-baik belaka tetapi itu semuanya indah khabar dari rupa.

    Cubalah kita bayangkan parti mereka berkecamuk semasa pemilihan parti, berebut kawasan dan kerusi DUN dan Parlimen yang kosong masih dianggap baik oleh penyokong mereka. Mereka berebut sesama sendiri sedangkan mereka mereka menubuhkan kerjaan di Selangor dan Pulau Pinang.

    Pelik bin ajaib. Bukannya susah menjadi Keluarga 69.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s