Exco DAP Selangor Digesa Letak Jawatan Jika Bantah Hudud – PMSP

Susulan pembentangan usul Rang Undang-Undang Persendirian iaitu Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, nampaknya parti DAP juga turut membantah dan mahu pembentangan RUU itu dihalang.

Bantahan parti itu diketengahkan oleh Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke yang berkata mereka tidak perlu menyertai bantahan yang dicetuskan oleh MCA bagi menghalangnya.

Lebih menarik, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao mendesak wakil rakyat DAP yang menjadi Exco di Selangor meletakkan jawatan sebagai bantahan ke atas RUU itu.

“Kita desak DAP lepaskan jawatan Exco dari Kerajaan Negeri Selangor sebagai tanda protes terhadap RUU dan Hudud sebab kemenangan Pakatan di Selangor adalah kerana undi dari bangsa Melayu dan bukan dari bangsa Cina.

“Jumlah pengundi Melayu Melayu 50.21% Cina 34.1% India 14.44 %. Pengundi Melayu adalah majoriti dan sekaligus Ini adalah kerajaan majoriti Melayu,” kata Ramesh dalam satu kenyataan media hari ini.

Nampaknya DAP lupa, hasil undian dari pengundi Melayu itulah pakatan tiga parti PKR, DAP dan PAS mampu menubuhkan kerajaan negeri yang kini dipimpin oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Kalau DAP bermaruah, pasti mereka akan meletak jawatan,” kata Ramesh.

Berhubung bantahan DAP, Anthony berkata wakil rakyat DAP di Parlimen akan mengundi untuk membantah usul itu jika ia sekali lagi dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat akan datang.

Beliau juga ada harapan MCA yang juga membantah, kekal dengan pendirian mereka dan jika RUU itu diluluskan Parlimen, selain letak jawatan dalam Kabinet, MCA juga perlu mempertimbangkan untuk keluar dari BN.

Semua orang tahu, negeri Selangor adalah lubuk emas bagi pakatan pembangkang kerana ia adalah satu antara dua negeri yang masih dikuasai mereka dan kaya. Betapa sukarnya untuk melepaskan jawatan sebagai Exco di negeri yang aman dan makmur seperti Selangor.

Bagaimanapun, politik adalah perjuangan berasaskan prinsip dan ideologi, jadi adakah maruah akan dipertahankan dalam soal bantahan RUU dan isu Hudud ini.

Ramesh Rao Krishnan Naidu
Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP)
31 Mei 2016

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s