Laporan Rafizi Ke SPRM Meretakkan Lagi Hubungan Azmin-Wan Azizah

AIDCNews – 31/5/16 – Tindakan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli membuat laporan mengenai dakwaan rasuah dalam kerajaan Selangor yang diterajui oleh Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Azmin Ali berkemungkinan besar menyebabkan parti itu berdepan ancaman perpecahan, lapor The Star.

Rafizi yang juga Naib Presiden PKR telah membuat laporan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya semalam berhubung dakwaan rasuah dalam kerajaan negeri Selangor setelah mendapat arahan daripada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Wan Azizah dan Rafizi sering disebut-sebut dalam satu barisan kepimpinan PKR yang mempunyai aliran pemikiran yang sama.

Hadir bersama Rafizi di bangunan SPRM semalam adalah Anggota Parlimen PKR Kelana Jaya Wong Chen, Anggota ParlimenPKR Kapar G. Manivannan dan Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah.

Kesemua mereka juga dilihat sejajar dengan kem Wan Azizah.

Rafizi Ramli & Lattefa Koya ‘Bergaduh’ Sampai Ke Pagi…

Pada 19 Mei lalu, Rafizi dalam kumpulan WhatsApp mendedahkan wujudnya permintaan wang dan ‘perempuan’ sebagai habuan dalam berurusan dengan kerajaan negeri Selangor.

Namun, keesokan harinya, 20 Mei, Azmin mengecam dakwaan Rafizi itu, sebagai sebahagian daripada kempen terancang untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri.

Pada Isnin, Menteri Besar Selangor tidak menghadiri beberapa majlis yang dijadualkan dan enggan memberikan kenyataan sebagai respons kepada langkah terbaru Rafizi yang melaporkan dakwaan rasuah kepada SPRM.

Berkait isu yang sama, pada Ahad, Ketua PKR Wilayah Persekutuan, Dr Idris Ahmad menyerahkan memorandum kepada Wan Azizah agar memecat ahli PKR yang terlibat dengan Deklarasi Rakyat yang diterajui bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dipercayai gesaan Dr Idris merujuk kepada Azmin kerana Timbalan Presiden PKR itu dilihat duduk sebaris dengan Tun Mahathir dalam Deklarasi Rakyat.

Advertisements

3 thoughts on “Laporan Rafizi Ke SPRM Meretakkan Lagi Hubungan Azmin-Wan Azizah

  1. Cabaran terbaru PRU14 kemungkinan bakal ada parti politik baru pro-liberal di bawah Tun Mahathir jika UMNO memecat anaknya. Ini boleh jadi platform terbaru utk ahli politik yg telah disingkirkan PAS PKR UMNO. Puak ini juga ada potensi jalin kerjasama dgn parti bukan islam yg menentang hudud.
    Pilihan ditangan Azmin utk bersama pro Tun atau PKR. Tapi nampak gayanya Anwar telah buat keputusan utk pancung protege nya lebih awal. Welcome to che det club?

    Like

  2. Astaghfirullah !!! Melayu… alahai Melayu !!! Sedarlah bahawa perpecahan dan persengketaan hanya akan meranapkan keutuhan dan kekuatan bangsa dalam membina negara dan memelihara agama…Berundurlah segera sebelum ia menjadi huru hara dan bencana malang .

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s