Portal Pro PAN Pertikai Calon PAS Di Sungai Besar & Kuala Kangsar

AIDCNews – 31/5/16 – Portal pro Parti Amanah Negara (PAN), Malaysia Dateline mula mempertikaikan calon-calon PAS di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Di Sungai Besar, portal itu mendakwa calon PAS, Dr Rani Othman telah kecewa apabila kawannya, YB Ng Suee Lim yang juga ADUN DAP Sekinchan telah terang-terangan menyokong calon PAN.

Memetik tulisan Dr Rani di Facebook, calon PAS di Sungai Besar itu dikatakan mempertikai tindakan YB Ng berkempen untuk calon PAN, sedangkan calon Pakatan Harapan itu belum diumumkan lagi.

“YB Sekinchan sudah awal-awal berkempen untuk calon Amanah sedangkan Amanah belum lagi umumkan siapa calon mereka di Sungai Besar ……????” tulis Dr Rani dalam Facebooknya semalam.

Sebelum ini, lapor portal itu, dalam temuramah dengan lidah rasmi PAS, Harakahdaily, Dr Rani berharap agar kawannya, YB Ng dalam “Geng 52” itu akan menyokong beliau dalam PRK kali ini.

“Saya sangat berharap ADUN Sekinchan dari DAP, Ng Suee Lim dapat membantu saya untuk berkempen. ADUN Sekinchan merupakan kawan rapat saya.

“Saya kagum dengan kemahiran beliau yang boleh menghafal maksud firman Allah ketika berucap dalam sidang Dewan Negeri,” kata Dr Rani sebagaimana dipetik Harakahdaily.

Namun, pada Ahad malam, YB Ng ketika berucap dalam satu majlis di sebuah restoran telah mengajak penyokongnya agar menyokong calon PAN.

Gambar YB Ng yang memegang contoh kertas pencalonan dan meminta penyokongnya memangkah calon PAN menjadi viral di media sosial.

Di Kuala Kangsar, portal pro PAN itu menganggap pemilihan Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad sebagai calon PAS untuk PRK itu sebagai tidak tepat.

Sebaliknya, portal itu melaporkan calon PAS yang lebih sesuai untuk PRK itu adalah Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yacob.

“Tindakan Pas mencalonkan ‘orang luar’ bagi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar dan mengetepikan Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Kangsar Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yacob dianggap sebagai ‘menolak tuah’.

“Dr Raja Iskandar yang juga kerabat diraja Perak bukan sahaja dianggap sebagai calon mampu menang (winnable) malah disukai (likeable) kerana dikenali ramai dengan watak yang mesra termasuk dengan ‘orang UMNO’, lapornya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s