PRU 14 : Agihan Kerusi Dengan PKR Akan Dikaji Semula – PAS Pusat

pas pusatAIDCNews – 31/5/16 – PAS Pusat bersedia untuk mengkaji semula agihan kerusi dengan PKR bagi menghdapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata perjanjian politik (tahalul siasi) antara PAS dengan PKR akan dikaji dari masa ke semasa.

“Sebenarnya tahalul (kerjasama) ini sentiasa dibuat kajian sama ada agihan kerusi, kekuatan sokongan, jentera pilihan raya dan sebagainya.

“Jadi cadangan itu satu cadangan yang baik untuk melihat kemenangan bagi rakyat,”katanya kepada pemberita selepas perasmian Muktamar Pemuda PAS ke-57 di Kota Baharu, pada Selasa.

Tambahnya, kemelut antara PAS dan PKR tidak boleh dibiarkan berlarutan dan perlu dihantikan.

“Saya fikir yang penting aialah kemelut yang ada dapat dihentikan. Saya sering kali sebut bahawa pembangkang seharusnya bersatu.

“Insya Allah cadangan Dewan Pemuda akan dibincang di peringkat pusat dan kita akan teliti bersama dengan rakan kita dalam PKR, katanya lagi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz pada Muktamar Dewan Pemuda menyarankan agar kerusi yang dipinjamkan kepada PKR sebelum ini diambil semula untuk ditandingi PAS.

“Besarlah hasrat dan hajat Pemuda PAS agar pucuk pimpinan parti dapat mengkaji semula agihan kerusi parlimen dan DUN yang bakal ditandingi oleh PAS pada PRU 14 akan datang.

“Cukuplah pengalaman lalu menjadi pengajaran, di mana tenaga ahli kita yang ikhlas dan patuh pada arahan pimpinan dipergunakan oleh rakan-rakan demi mencapai kemenangan, kemudian ditinggalkan begitu sahaja.

“Justeru, sekiranya pimpinan parti mengambil satu langkah berani untuk bertanding di kerusi yang selama ini dipinjamkan kepada PKR dan DAP dalam PRU lepas, kami Pemuda PAS berikrar dan berjanji akan mengambil 1,001 langkah bagi memastikan kemenangan berpihak kepada PAS, InsyaAllah,” kata Nik Abduh.

kerusi pkr pinjam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s