Terowong Dasar Laut : Jawapan Ketua Menteri Bercanggah Dengan Exco Kerajaan Pulau Pinang

AIDCNews – 31/5/16- Jawapan Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng dan Exco Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan kerajaan negeri, YB Lim Hock Seng bercanggah berkaitan dengan isu Projek Terowong Dasar Laut di negeri itu.

Percanggahan itu terbukti melalui surat Guan Eng kepada Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak untuk memohon Projek Jambatan Ketiga.

Hock Seng sebelum ini mengesahkan RM305 juta diperuntukkan sebagai kos untuk kajian ‘feasibility study’, namun jawapan itu dinafikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri.

“Memandangkan pembinaan jambatan memerlukan kelulusan Kerajaan Persekutuan, maka tender terbuka telah dipanggil untuk projek terowong bawah dasar laut ini.

“Bidaan terendah sebanyak RM3.7 bilion diterima dan bukannya bernilai RM6.3 bilion seperti yang dilaporkan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

“Malah anasir-anasir jahat ini juga mendakwa kajian ‘feasibility study’ yang mengandungi beberapa keping kertas berkenaan terowong bawah dasar laut adalah RM305 juta sedangkan kos sebenar hanya bernilai RM20 juta dan ia mematuhi spesifikasi dan syarat yang ditetapkan sendiri oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan piawaian antarabangsa.

“Pembayaran untuk projek terowong bawah dasar laut akan dibuat menerusi pertukaran tanah atau ‘land swap’ dan bukannya secara wang tunai,”kata Guan dalam surat tersebut.

Dalam surat itu juga Guan Eng terus mempertahankan langkahnya untuk mengenakan konsesi tol selama selama 30 tahun bagi Projek Terowong Dasar Laut itu.

Kandungan surat Lim Guan Eng kepada Perdana Menteri yang dipetik daripada cm.penang.gov.my/ adalah seperti berikut :

PSUKPP/21/0353/46 (11)

26 Mei, 2016

YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Pejabat Perdana Menteri
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA

[No. Faks: 03 – 8888 3444]

Yang Amat Berhormat Dato’ Sri,

PERMOHONAN KELULUSAN UNTUK MEMBINA JAMBATAN KETIGA PULAU PINANG BEBAS TOL

Dengan hormatnya saya ingin merujuk mengenai perkara di atas.

2. Sebagaimana YAB Dato’ Sri sedia maklum, Kerajaan Negeri merancang untuk membina link ketiga di Pulau Pinang yang berupa sebuah terowong bawah dasar laut yang akan dibiayai sendiri oleh Kerajaan Negeri dengan kos RM3.7 bilion. Walau bagaimanapun, kos pembinaan, pengurusan dan penyelenggaraan terowong yang akan menghubungkan Persiaran Gurney dengan Bagan Ajam, Seberang Perai Utara tersebut adalah tinggi dan perlu disertakan dengan konsesi kutipan tol selama 30 tahun.

3. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri berhasrat untuk memohon kelulusan pihak YAB Dato’ Sri bagi pembinaan Projek Jambatan Ketiga Pulau Pinang yang turut akan menghubungkan Persiaran Gurney dengan Bagan Ajam, Seberang Perai Utara. Kos pembinaan Jambatan Ketiga ini dianggarkan berjumlah kurang daripada RM2 bilion dan akan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri. Tiada peruntukan Kerajaan Persekutuan dipohon. Dengan kelulusan daripada pihak YAB Dato’ Sri, Kerajaan Negeri akan dapat menjimatkan kos hampir RM2 bilion dan penjimatan ini membolehkan Kerajaan Negeri menampung kos pembinaan jambatan dan sekaligus membenarkan kenderaan menggunakan Jambatan Ketiga secara percuma tanpa sebarang caj tol.

4. Perlu ditegaskan bahawa projek terowong bawah dasar laut ini diilhamkan demi membawa pembangunan seimbang kepada Seberang Perai, khususnya kawasan utara. Untuk makluman YAB Dato’ Sri, daerah Seberang Perai Tengah (SPT) telah dilengkapkan dengan Jambatan Pertama Pulau Pinang sejak tahun 1984 manakala daerah Seberang Perai Selatan (SPS) memiliki Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri sendiri pada 1 Mac 2014.

5. Hanya daerah Seberang Perai Utara (SPU) yang tertinggal dan ‘terpinggir’ daripada penghubungan infrastruktur yang dinikmati oleh kawasan lain. Oleh itu, Kerajaan Negeri berhasrat untuk membina terowong bawah dasar laut di antara Persiaran Gurney ke Bagan Ajam demi menghubungkan daerah Seberang Perai Utara (SPU) dengan kawasan pulau.

6. Memandangkan pembinaan jambatan memerlukan kelulusan Kerajaan Persekutuan, maka tender terbuka telah dipanggil untuk projek terowong bawah dasar laut ini. Bidaan terendah sebanyak RM3.7 bilion diterima dan bukannya bernilai RM6.3 bilion seperti yang dilaporkan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab. Malah anasir-anasir jahat ini juga mendakwa kajian ‘feasibility study’ yang mengandungi beberapa keping kertas berkenaan terowong bawah dasar laut adalah RM305 juta sedangkan kos sebenar hanya bernilai RM20 juta dan ia mematuhi spesifikasi dan syarat yang ditetapkan sendiri oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan piawaian antarabangsa. Pembayaran untuk projek terowong bawah dasar laut akan dibuat menerusi pertukaran tanah atau ‘land swap’ dan bukannya secara wang tunai.

7. Sehingga sekarang, kerja-kerja untuk projek terowong bawah dasar laut belum bermula kerana ia hanya dijangka siap di antara tahun 2025-2027 apabila jalan-jalan penghubung di kawasan bandaraya George Town siap dan trafik bertambah sehingga kedua-dua jambatan sekarang djiangka sesak dalam tempoh 12 tahun lagi. Ingin ditegaskan bahawa sehingga kini, Kerajaan Negeri tidak membuat sebarang bayaran dalam bentuk wang atau seinci tanah pun untuk projek terowong bawah dasar laut ini.

8. Kerajaan Negeri ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Menteri Kerja Raya yang baru-baru ini menyatakan kesudian Kerajaan Persekutuan untuk menimbang permohonan membina Jambatan Ketiga. Sekiranya kelulusan diberikan, maka Kerajaan Negeri berkemungkinan besar mampu membina jambatan ketiga ini tanpa mengenakan tol kepada pengguna-pengguna jambatan. Perlu ditekankan juga bahawa Jambatan Ketiga ini adalah gantian kepada projek terowong bawah dasar laut.

9. Konsesi tol yang dicadangkan untuk terowong bawah dasar laut adalah selama 30 tahun iaitu pada kadar sama yang dikenakan di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Ini adalah kerana kos pembinaan projek terowong bawah dasar laut amat tinggi berbanding dengan pembinaan jambatan. Oleh itu, sekiranya jambatan ketiga dibenarkan dibina bagi menggantikan terowong bawah dasar laut, maka kos yang dijimatkan boleh menampung pembinaan jambatan tanpa tol.

10. Kerajaan Negeri bersedia memberanikan diri untuk menjalankan inisiatif Jambatan Ketiga tanpa tol. Sebaik sahaja kelulusan secara prinsip diberikan oleh YAB Dato’ Sri, maka Kerajaan Negeri boleh menjalankan kajian pelaksanaan dan kajian lain yang perlu untuk suatu projek yang akan memanfaatkan rakyat. Sudah tentunya projek ini mesti mendapat kelulusan Environmental Impact Assessment (EIA) atau Detailed Environmental Impact Assessment (DEIA).

11. Kerajaan Negeri tidak boleh menjalankan kajian ‘feasibility study’ kerana ia menelan perbelanjaan yang besar dengan anggaran kos sebanyak RM10 juta. Oleh itu, kelulusan secara prinsip perlu diberikan terlebih dahulu sebelum menjalankan sebarang kajian kerana tidak wajar wang yang begitu besar dibelanjakan tanpa mendapat keputusan muktamad bahawa projek jambatan ketiga ini boleh diluluskan.

12. Justeru, Kerajaan Negeri amat berharap supaya permohonan terhadap cadangan pembinaan projek jambatan ketiga ini diberi kelulusan secara prinsip oleh pihak YAB Dato’ Sri supaya Kerajaan Negeri dapat mengambil tindakan sewajarnya ke arah merealisasikan pelaksanaan projek tersebut.

13. Besarlah harapan Kerajaan Negeri yang membawa hasrat 1.7 juta rakyat Pulau Pinang untuk memiliki sebuah jambatan bebas tol. Pertimbangan sewajarnya oleh pihak YAB Dato’ Sri berhubung permohonan di atas amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang ikhlas,

(LIM GUAN ENG)
Ketua Menteri Pulau Pinang

Salinan kepada :

YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof
Menteri Kerja Raya,
Kementerian Kerja Raya,
Tingkat 6, Blok B Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

YB Dato’ Seri Farizan bin Darus
Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Tingkat 25, KOMTAR,
10503 Pulau Pinang

YB Lim Hock Seng
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan,
Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan,
Tingkat 53, KOMTAR
10503 Pulau Pinang

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s