Anthony Loke Berbohong Isu Calon DAP PRU 1969

lokeAIDCNews – 1/6/16 – Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook berbohong isu calon yang dimenangi DAP pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) adalah kerusi yang pernah ditandingi parti itu pada PRU 1969.

“Hampir semua kerusi yang ditandingi dan dimenangi oleh DAP dalam PRU 13 adalah kerusi-kerusi yang ditandingi sejak tahun 1969 lagi iaitu pilihan raya pertama yang disertai oleh DAP sejak ditubuhkan pada tahun 1966,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Loke yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan berkata demikian sebagai membidas ucapan Ketua Pemuda PAS Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz di Muktamar Pemuda PAS semalam yang menyarankan agar pimpinan PAS mengambil kembali kerusi yang “dipinjamkan” kepada PKR dan DAP pada pilihan raya yang lalu.

Namun, fakta yang dilampirkan di bawah membuktikan dakwaan Loke tidak benar kerana pada PRU 13, DAP telah bertanding sekurang-kurangnya di satu negeri baharu seperti Kedah yang tidak pernah ditandingi parti itu pada PRU 1969.

perbandingan dap 69

Jadual di atas juga juga menunjukkan DAP menambahkan jumlah calon sekurang-kurang di enam negeri berbanding dengan PRU 1969.

Enam negeri yang menjadi target DAP itu adalah Pahang, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka dan Johor.

Selain itu, DAP juga menyasarkan target di kawasan-kawasan bandar di kawasan Wilayah Persekutuan.

Namun, berbanding PRU 1969, pada PRU 13, DAP telah mengurangkan fokus di Negeri Sembilan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s