Azmin Tak Merajuk, Dia Pergi London Graduasi Anak -Zuraidah

AIDCNews – 1/6/16 – Timbalan Ketua PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin menafikan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah merajuk kerana gagal dalam lobinya meletakkan calon PKR di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.

Sebaliknya Zuraidah berkata Azmin yang juga ketua PKR Selangor merangkap Timbalan Presiden PKR menyepi diri kerana beliau pergi ke London untuk majlis graduasi anaknya.

“Tak adalah. Takkan MB merajuk. Dia pergi London anak dia graduate. Hari Ahad pagi dia balik,” kata Zuraidah kepada Malaysiakini.

Ditanya hasrat Azmin hendak berkampung di Sungai Besar hingga tamat pilihan raya kecil itu sepertimana yang pernah dijanjikan pada 12 Mei di hadapan kira-kira 1,000 hadirin, Zuraida berkata ia bertujuan untuk “persiapan awal” dengan anggapan perbincangan dengan PAS akan dibuat.

“Kita (PKR) turun buat persiapan awal dengan anggapan baik nak bincang dengan PAS, Atas dasar PKR parti terbaik (untuk lawan BN).

“Kalau sekarang PAS dah umum calon, peranan PKR kita belum putuskan secara rasmi,” katanya.

Zuraidah yang juga Ketua Wanita PKR pusat berkata setakat ini PKR Selangor masih belum menerima arahan rasmi untuk menggerakkan jenteranya untuk PRK itu.

“Setakat ini tak ada arahan rasmi untuk mobilisasi jentera. Lepas penamaan calon nanti kita tengok macam mana,” katanya yang juga Ahli Parlimen PKR Ampang.

Beliau juga berkata PKR sekarang bersikap tunggu dan lihat bagi mengetahui pembangkang mana yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

“Sekarang masih banyak spekulasi,” katanya lagi.

Sementara itu, Selangor Post melaporkan Azmin kini telah membatalkan sewaan penginapan untuk beliau dan jentera pilihan raya di Sungai Besar kerana tidak berpuas hati dengan PAS yang meletakkan calon dalam PRK itu.

Menurut sumber portal itu, Azmin juga telah menarik balik peruntukan-peruntukan yang akan diagih-agihkan ketika berkempen nanti.

“Banyak program yang sepatutnya dihadiri Azmin di Sungai Besar dibatalkan angkara PAS meletakkan calon, ADUN Meru, Dr Rani Osman,” katanya.

Kata sumber tersebut, meletakkan Dr Rani bertanding adalah strategi PAS untuk memujuk Parti Amanah Nasional (PAN) supaya tidak bertanding berikutan hubungan mesra bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu dengan pimpinan tinggi parti tersebut.

“Azmin sudah bersedia dengan peruntukan membaiki surau dan masjid di seluruh Parlimen Sungai Besar, tapi semua peruntukan itu dah tak ada sekarang,” kata sumber tersebut kepada Selangor Post.

Menurut sumber tersebut, Azmin yang semakin tertekan dengan situasi yang tidak memihaknya telah membatalkan pelancaran bas percuma di Kuala Selangor.

Menurutnya, Azmin juga telah mengarahkan untuk tidak membenarkan Exco Negeri daripada PAS mewakilinya dan merasmikan sebarang majlis dan program anjuran kerajaan negeri.

Advertisements

One thought on “Azmin Tak Merajuk, Dia Pergi London Graduasi Anak -Zuraidah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s