Calon PAN Untuk PRK Sungai Besar Ustaz Azhar Diumum Tanpa Kehadiran Azmin

pan sg besar
AIDCNews – 1/6/16 – Calon Pakatan Harapan (PH), Ustaz Azhar Abdul Shukur dari Parti Amanah Negara (PAN) diumumkan sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar tanpa kehadiran Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR kini dilaporkan berada di London bagi menghadiri majlis graduasi anaknya.

Beliau dilaporkan tidak hadir dalam mesyuarat PH pada Khamis lalu untuk menentukan calon PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Selanjutnya sila baca “Azmin Tak Merajuk, Dia Pergi London Graduasi Anak -Zuraidah” dan “PRK : PAN Akan Tetap Bertanding Di Sungai Besar & Kuala Kangsar Meskipun PKR Berkecuali – Khalid Samad

Majlis pengumuman Azhar,51 yang juga Ketua PAN Sungai Besar sebagai calon PRK Sungai Besar telah disempurnakan oleh Presiden PAN Mohamad Sabu di Dewan Sri Sekinchan malam ini, lapor portal pro parti itu, Malaysia Dateline.

Turut hadir dalam majlis itu adalah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Pembangkang DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha DAP Kebangsaan Anthony Loke Siew Fook dan lain-lain pimpinan PH.

Dengan pengumuman Azhar sebagai calon PH malam ini menyaksikan akan berlaku bertembungan tiga penjuru di Parlimen Sungai Besar antara Budiman Zohdi dari BN dan Dr Abdul Rani dari PAS.

Esok PH akan melakukan pengisytiharan calon bagi PRK Kuala Kangsar yang dijangka juga dari calon PAN.

azizah2

azizah

azizah3

hani

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s