PAS Tuntut Balik Kerusi Yang Pernah Dipinjam Kepada PKR

AIDCNews – 1/6/16 – PAS Menuntut balik kerusi yang pernah dipinjamkan kepada PKR dalam pilihan raya sebelum ini, kata Ketua Penerangan parti, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi.

“Kaedah pinjam kena pulangkan balik.

“Maksudnya mana-mana kerusi yang pernah dipinjamkan kepada PKR ataupun mana-mana kompenan parti yang lain.

“Adapun dengan DAP kita (PAS) tiada masalah sebab kita sudah putus hubungan. Di semua kawasan (yang ditandingi DAP) kita tidak terbabit rundingan dengan mereka lagi, “katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Muktamar Ulamak di Tok Bali, Pasir Puteh, Bachok, Kelantan semalam.

Ustaz Nasruddin turut menegaskan PAS akan bertanding semula di semua kerusi yang pernah ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13)

“Yang mana kerusi yang Amanah (PAN) bawa lari itu, kita akan ambil ambil balik.

“Itu kerusi kita (PAS), bukan kerusi dia (PAN). Memang kita akan ambil balik dan kita akan bertanding di kawasan itu,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz pada Muktamar Dewan Pemuda semalam yang menyarankan agar kerusi yang dipinjamkan kepada PKR sebelum ini diambil semula untuk ditandingi PAS pada PRU 14.

“Cukuplah pengalaman lalu menjadi pengajaran, di mana tenaga ahli kita yang ikhlas dan patuh pada arahan pimpinan dipergunakan oleh rakan-rakan demi mencapai kemenangan, kemudian ditinggalkan begitu sahaja.

“Justeru, sekiranya pimpinan parti mengambil satu langkah berani untuk bertanding di kerusi yang selama ini dipinjamkan kepada PKR dan DAP dalam PRU lepas, kami Pemuda PAS berikrar dan berjanji akan mengambil 1,001 langkah bagi memastikan kemenangan berpihak kepada PAS, InsyaAllah,” kata Nik Abduh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s