PKR Percaya Azmin Urus Dakwaan Rasuah Selangor – Wan Azizah

PETALING JAYA: Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan kepercayaan terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali untuk menyelesaikan sebarang kegiatan salah laku dalam kerajaan negeri.

“Saya dan pimpinan PKR meletakkan kepercayaan sepenuhnya terhadap pentadbiran Azmin di Selangor.

“Kami yakin sekiranya terdapat bukit yang kukuh berkenaan apa jua salahlaku oleh sesiapa pun di dalam pentadbiran Selangor, Menteri Besar akan mengambil tindakan yang sewajarnya dan sebarang kebejatan (keburukan) tidak akan dilindungi,” kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerusi kenyataan pada Rabu.

Dr Wan Azizah berkata musuh politik parti itu kini mengambil peluang untuk memecah belahkan kepimpinannya berikutan dua pilihan raya kecil akan datang.

“Namun saya dan pimpinan PKR termasuk di Selangor tidak akan terperangkap dengan usaha terdesak yang menggunakan media untuk mengalih pandangan rakyat dari masalah pimpinan UMNO-Barisan Nasional yang terpalit dengan skandal kewangan, tatakelola yang menyimpang dan dasar-dasar yang membebankan rakyat,” katanya.

Pada hari Isnin, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah dalam kerajaan Selangor – Mstar

hani
hani1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s