Guan Eng Hadir Majlis Pengumuman Calon PAN PRK Kuala Kangsar

pan
AIDCNews – 2/6/16 – Meskipun Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa partinya tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK), namun beliau dilihat hadir memberi sokongan kepada calon Parti Amanah Negara (PAN), Dr Ahmad Termizi Ramli sebagai calon untuk PRK Kuala Kangsar.

Pada 19 Mei lalu, Guan Eng menempelak Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang kerana mengheret DAP dalam PRK sedangkan parti itu tidak bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

“Saya terkejut dengan kenyataan ini. Mengapa DAP diheret sama sedangkan kami tidak bertanding di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, “kata Guan Eng.

Baca selanjutnya, “Adakah Anda Berkata ‘Babi DAP’? Soal Guan Eng Kepada Hadi

Pada malam ini, walaupun calon DAP tidak bertanding PRK Kuala Kangsar, namun Guan Eng turut hadir untuk memberi sokongan kepada Naib Ketua PAN Kuala Kangsar Dr Ahmad Termizi untuk menjadi calon PRK tersebut.

Dr Ahmad Termizi merupakan bekas profesor di Jabatan Fizik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Biro Politik IKRAM.

Selain Guan Eng, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Pengerusi PKR Perak, Dr Muhammad Nur Manuty juga turut hadir dalam majlis tersebut.

pan1

pan2

pan3

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s