NGO Pro Anwar Sokong Calon PAN di PRK Sungai Besar

badrulaminAIDCNews – 2/6/16 – Badan bukan kerajaan (NGO) pro Anwar Ibrahim,
Pro98 Reformis Malaysia menyokong penuh Ustaz Azhar Abdul Shukur dari Parti Amanah Negara (PAN) dipilih sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.

“Pro98 Re4mis yakin calon dari Parti Amanah itu mampu meneruskan agenda Rakyat yang satu masa dulu pernah digalas oleh Pakatan Rakyat yang kini bertukar ke Pakatan Harapan.

“Pro98 Re4mis akan turun membantu memenangkan calon Amanah bagi mempastikan kemenangan Pakatan Harapan dan juga kenenangan perjuangan Re4masi.

“Obor Re4masi yang dinyalakan oleh Anwar Ibrahim wajib dipertahan,” kenyataan bersama Penasihat NGO itu Rosli Ibrahim (adik Anwar) dan Pengerusinya, Dr Badrul Amin Bahron dipetik.

Kenyataan Pro98 Reformis Malaysia itu turut melampirkan poster sokongan PKR Selangor (di bawah) yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan timbalannya, Zuraida Kamaruddin.

azmin

Sementara itu, Presiden PKR Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan Malaysiakini berkata beliau yang mengarahkan timbalannya, Azmin Ali agar tidak menghadiri pengumuman nama calon PH di PRK Sungai Besar.

Arahan Wan Azizah kepada Azmin yang juga Menteri Besar Selangor bertujuan untuk ‘menjaga’ hubungannya dengan PAS, sekaligus memastikan kerajaan negeri Selangor yang ada pada hari ini terus kukuh.

“Kita tahu PAS masih lagi dalam kerajaan Pakatan Harapan dulu yang dipilih oleh rakyat masa dulu.

“Sebab itu parti buat ketetapan, ini adalah pilihan raya parlimen dan Azmin Ali kita tahu dia mesti menjaga kerajaan beliau,” kata Wan Azizah pada sidang media selepas pengumuman calon PH di PRK Sungai Besar di Sekinchan malam tadi.

Katanya, PH telah berbincang dengan rakan-rakan komponennya pada Selasa untuk menentukan kedudukan calon PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

“Itu memang kita faham, dia (Azmin Ali) ada satu kedudukan untuk menjaga kerajaan Pakatan dulu.

“Semalam (PH) ada bincang, dia orang (DAP dan PAN) tahu dan faham.

“Malam ini, saya ada untuk mewakili Pakatan Harapan. Azmin Ali adalah menteri besar,” katanya.

Anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin semalam berkata Azmin sedang berada di London untuk urusan graduasi anaknya dan akan pulang pada Ahad.

Kecewa PAS Tidak Mahu Terlibat Himpunan Bebas Anwar -Dr Badrul Amin

PKR Tikam Belakang PAS Guna Platform Himpunan Bebas Anwar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s