PAS Bukan Manja, Tidak Merajuk Jika PKR Sokong PAN – Abdul Hadi

hadi2AIDCNews – 2/6/16 – PAS bukan sebuah parti ‘manja’ tidak akan ‘merajuk’ sekiranya PKR memberikan sokongan kepada Parti Amanah Negara (PAN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar akan datang.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS adalah parti tahan lasak dan tidak mudah melatah apabila PKR memberi sokongan kepada calon PAN pada PRK itu.

“Kita biasa saja. Kita parti yang tahan lasak,” tegas beliau pada sidang media selepas perasmian Muktamar Tahunan PAS Ke-62 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) Kota Bharu, Khamis.

Abdul Hadi berkata demikian bagi mengulas sokongan PKR kepada PAN pada PRK Sungai Besar sedangkan kedua-dua parti berkenaan membentuk kerajaan di Selangor pada pilihan raya umum yang lalu.

Ditanya sama ada PAS akan mempertimbangkan untuk memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR berikutan sokongan parti itu kepada PAN, Abdul Hadi berkata, PRK itu tiada kaitan dengan pembentukan kerajaan negeri dan pernah berlaku di negara lain.

“Pertama, itu (PRK Sungai Besar) adalah pilihan raya parlimen, bukan kerajaan negeri.

“Kedua, menjadi kebiasaan dalam dunia politik demokrasi di seluruh dunia. Di Britain, kerajaan campuran di antara Konservatif dan Liberal Demokratik. Tidak silap saya lebih dua puluh kali pilihan raya Britain di mana parti Liberal Demokratik lawan parti Konservatif dalam kerajaan campuran yang sama,”katanya.

Abdul Hadi turut menegaskan beliau dan kepimpinan PAS akan meneliti semula usul-usul yang dikemukakan perwakilan termasuk usul supaya PAS mengkaji semula hubungan dengan PKR.

“Saya tidak boleh memberi pandangan sendiri kerana kita mesti berlandas kepada parti secara kolektif.

“Saya perlu mendengar laporan daripada semua pihak dan tidak boleh bergantung kepada laporan media sahaja,”katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s