Pembersihan Etnik Secara Halus Berlaku Di Pulau Pinang – Perwakilan PAS

yaakubKOTA BARU: PAS Pulau Pinang menyuarakan kebimbangan terhadap nasib pemilikan tanah oleh orang Melayu di negeri itu dengan mendakwa kemajuan hartanah yang sedang giat dilakukan dilihat sebagai ‘pembersihan etnik secara halus’.

Perwakilannya, Yaakob Omar berkata, pemilikan tanah orang Melayu di Pulau Pinang pada 2016 sebanyak 20.41 berbanding 28 peratus pada 2010.

Daripada jumlah itu, beliau yang juga Pengerusi Lajnah Tanah PAS Pulau Pinang berkata, pemilikan itu di kawasan Timur Laut sebanyak 1.16 peratus dan Balik Pulau 15.7 peratus.

“Kita tak tahu apakah akan terjadi kepada orang Melayu dalam tempoh lima atau 10 tahun akan datang.

“Kalau kita ada duit, kita boleh tinggal di sini. Kalau tak ada duit, nanti kita kena halau,” katanya semasa membahaskan ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) dekat sini, Khamis.

Sehubungan itu, Yaakob meminta supaya PAS Pusat mahupun kerajaan negeri dan kerajaan pusat untuk mengekalkan saki-baki tanah sebanyak 20.41 peratus.

“Kita cadangkan rizab tanah Melayu diwujudkan. Kita akan bersama badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan dalam membuat gesaan supaya kajian ini dibuat secepat mungkin,” katanya.

Dalam pada itu, Yaakob turut mempersoalkan punca kehilangan tanah orang Melayu di Pulau Pinang.

“Apakah sebab kehilangan tanah-tanah orang Melayu? Salah satunya disebabkan orang Melayu mudah ditipu.

“Ini kerana orang Melayu tidak mempunyai ilmu mengenai tanah mereka dan undang-undang berkaitan tanah,” katanya – Mstar

One thought on “Pembersihan Etnik Secara Halus Berlaku Di Pulau Pinang – Perwakilan PAS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s