Calon PAN Bukan Pengundi Di Parlimen Sungai Besar

PETALING JAYA: Status anak jati calon AMANAH P93 Sungai Besar, Azhar Abdul Shukur mula diperkatakan penduduk setempat.

Semakan daftar pemilih di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati Azhar tidak akan mengundi di Parlimen Sungai Besar, sebaliknya di Parlimen Temerloh.

Bagaimanapun, Azhar yang kini menetap di Sungai Haji Dorani mengakui bahawa beliau mengundi di Pahang, namun menjelaskan ia bukanlah masalah besar kerana sudah kembali ke Sungai Besar.

“Sebelum ini saya duduk dengan ibu mertua saya. Saya dulu bekerja di Temerloh. Itu sahaja, tidak ada isunya.

“Saya duduk di Temerloh dan itu adalah rumah isteri saya. Sekarang ini, saya kembali semula ke Sungai Besar. Temerloh itu kampung isteri saya,” katanya ketika dihubungi FMT, hari ini.

Dalam PRK Sungai Besar, Azhar akan bersaing dengan anak jati Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi mewakili BN dan calon PAS, Dr Abdul Rani Osman bagi merebut kerusi Parlimen yang ditinggalkan allahyarham Datuk Noriah Kasnon akibat nahas helikopter.

PRK Parlimen Sungai Besar akan diadakan pada 18 Jun ini dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 5 Jun.
Sungai Besar mempunyai 42,836 pengundi berdaftar dengan 67.18% pengundi Melayu, 30.68% pengundi Cina, 1.91% pengundi India dan 0.23% pengundi dari kaum lain – FMT

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s