PAS Kuala Kangsar Beku Hubungan Dengan PKR

AIDCNews – 3/6/16 – PAS Kuala Kangsar membekukan hubungan dengan PKR serta-merta ekoran kehadiran Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail pada Majlis Pengisytiharan calon Pakatan Harapan malam tadi, lapor portal pro PAN, Malaysia Dateline.

Memetik kenyataan Yang Dipertua PAS Kuala Kangsar, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss yang berkata parti Islam itu telah ‘terguris dan terhiris’ dengan tindakan Wan Azizah menyokong calon PAN, sedangkan calon PAS juga bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.

“Bagaimana Presiden PKR boleh hadir menyokong calon yang akan menentang rakan tahalufnya.

“Pada hemat saya, ianya satu tindakan tikam belakang terhadap kami di Kuala Kangsar dan merupakan satu pengkhianatan kepada tahaluf siyasi yang diasaskan bersama,” katanya dalam satu tulisan nukilannya hari ini, lapor portal itu.

Sehubungan itu katanya, kedudukan hubungan kedua-dua parti itu akan diserahkan kepada Badan Perhubungan PAS Perak untuk membuat keputusan selanjutnya.

Pada majlis mengumumkan Dr Ahmad Termizi Ramli mewakili Pakatan Harapan bertanding pada PRK Kuala Kangsar, Wan Azizah selaku Presiden PKR hadir sebagai tanda menyokong calon dari PAN itu.

Turut hadir bersama Wan Azizah termasuk pimpinan tertinggi PKR pusat dan negeri antaranya; Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli; Pengarah Pilihan Raya PKR pusat, Datuk Saifuddin Nasution; Ketua Penerangan PKR pusat, Syed Ibrahim Syed Noh; Pengerusi PKR Perak, Dr Muhammad Nur Manuty dan Ketua Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah.

Lapor portal itu, Wan Azizah ketika berucap malam tadi turut menegaskan bahawa PKR memberi sokongan penuh kepada calon PAN sebagai mewakili Pakatan Harapan di sini.

“Inilah masa dan waktunya kami nyatakan setiakawan kami dengan sokong calon Pakatan Harapan daripada Amanah,” katanya.

Selain PKR, program malam tadi juga turut dihadiri pemimpin DAP yang diketuai Setiausaha Agung Lim Guan Eng, Setiausaha Publisiti Tony Pua dan penasihat DAP Perak Ngeh Ko Ham.

Sebagai ketua pembangkang, Wan Azizah juga telah menyerahkan watikah perlantikan kepada calon PAN di Kuala Kangsar, Dr Ahmad Termizi bagi mewakili Pakatan Harapan.

One thought on “PAS Kuala Kangsar Beku Hubungan Dengan PKR

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s