PKR Tidak Hantar Wakil Pimpinan Tertinggi Parti Hadiri Muktamar Tahunan PAS ke-62

pas1AIDCNews – 3/6/16 – PKR tidak menghantar wakil pimpinan tertinggi parti untuk menghadiri majlis perasmian Muktamar PAS ke-62 yang dirasmikan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa, Kelantan, semalam.

Tidak seperti muktamar PAS sebelumnya, kali ini Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ataupun Timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat cuba menjauhkan diri daripada menghadiri majlis perasmian perhimpunan tahunan parti Islam itu.

Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir juga turut tidak kelihatan dalam majlis perasmian muktamar PAS itu.

Satu-satunya wakil PKR yang hadir ialah ADUN PKR Guchil, Mohamad Roslan Puteh.

Mohamad Roslan merupakan ADUN kontoversi daripada PKR kerana melakukan tindakan yang bertentangan dengan kehendak PKR pusat apabila beliau menyokong Enakmen Kanun Jenayah Syariah II yang dibentangkan dalam sidang DUN Kelantan pada Mac tahun lalu.

Ekoran tindakan itu, Mohamed Roslan telah disiasat dan diberi kata dua oleh PKR pusat.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Usul, Nasrudin Hassan Tantawi berkata usul mengkaji hubungan dengan PKR akan dibawa kepada Majlis Syura Ulama untuk dikaji sebelum PAS membuat keputusan muktamad.

Katanya, segala keputusan berhubung kedudukan PKR dengan parti Islam itu akan diumumkan Majlis Syura Ulama kelak.

“Usul tersebut daripada PAS kawasan Pontian, Balik Pulau, Kuala Kedah dan Muslimat PAS Malaysia. Jika masih ada keuntungan (boleh) diteruskan dan jika tiada Majlis Syura Ulama berhak membuat apa saja keputusan.

“Usul tersebut meminta tahaluf siyasi antara PAS dan PKR dinilai semula atas beberapa perkara berbangkit (termasuk) apakah masih ada keuntungan kepada Islam yang diperjuangkan oleh PAS atau sebaliknya,” katanya ketika menyampaikan taklimat usul pada Muktamar Tahunan PAS ke-62 di PUTIK malam tadi.

Kelmarin, Dewan Muslimat PAS menerima usul mendesak parti Islam itu mengkaji semula hubungan tahaluf siyasi dengan PKR, terutama pada pilihan raya umum akan datang.

Usul yang dikemukakan Dewan Muslimat PAS Kedah itu antara lain menyebut PKR dilihat seolah-olah tidak menghormati parti Islam itu dengan menjalin kerjasama dengan PAN yang kerap melemparkan pelbagai dakwaan terhadap PAS.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s