PRK : PAS Anggap Lawan DAP – Mustafa Ali

pan 2AIDCNews – 3/6/16 – PAS menganggap bakal melawan DAP di dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar, kata Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali.

“Dalam pilihan raya kecil (PRK) sebelum ini tidak pernah mengalami situasi seperti di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

“Kita tahu yang berada di belakang PAN ialah DAP biarpun parti itu tidak bertanding. PAS mempunyai banyak pengalaman dalam situasi begitu,” katanya ketika menggulung perbahasan di muktamar di Putik hari ini.

Jelasknya, walaupun pada zahirnya PAS melawan PAN di kedua-dua PRK itu, namun pada hakikatnya PAN adalah tajaan DAP.

“PAN ditaja oleh DAP, sebab DAP pun kata mereka akan sokong (PAN), sokong DAP sama macam sokong PAN juga.

“Jadi kita lawan tiga parti sekarang, PAN, BN dan DAP,” katanya.

Menurutnya juga, PRK ini juga dianggap sebagai medan ujian bagi PAN dan DAP untuk melihat sejauh mana sokongan diterima di peringkat akar umbi.

“Test case namun PAS sudah banyak pengalaman dalam pilihan raya.

“Apa yang kita tengok sekarang yang benar-benar hendak lawan PAS ialah PAN.

“UMNO semua orang sudah tahu sejak daripada dahulu menentang PAS,” ujarnya lagi.

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Abdullah pula berharap ahli-ahli dan penyokong PAS membuat persediaan lebih awal bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 dijangka diadakan tahun hadapan.

2 thoughts on “PRK : PAS Anggap Lawan DAP – Mustafa Ali

  1. Macam cerita PRU 12 & 13. Undi PAS adalah undi DAP. Sekarang undi PAN undi DAP. Macam mana punya pusing ikut sama jugak

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s