Bukan Usul Putus Kerjasama Dengan PKR, Tetapi Kaji Semula – Takiyuddin

AIDCNews – 3/6/16 – Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, usul Dewan Muslimat itu bukan bertujuan untuk memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR sebaliknya ia lebih kepada mengkaji penambahbaikan kerjasama antara kedua pihak.

“Usul ini mencadangkan supaya Majlis Syura Ulama membuat penilaian mengenai hubungan PAS dengan PKR ini. Setakat itu sahaja.

“Mungkin perlu dibaiki. Perlu ditambah di sana sini. Bukan untuk memutuskan ” katanya kepada pemberita selepas berakhir Muktamar Tahunan PAS Ke-62 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) pada Jumaat.

Katanya usul berkaitan PKR berbeza dengan usul terhadap DAP sebelum ini.

“Usul (berkaitan dengan) DAP ke arah memutuskan. Ini (usul PKR) tidak ke arah putuskan hubungan, (sebaliknya) untuk menambahbaikkan hubungan.

“Kita ambil dari sudut yang positif,”katanya lagi.

Pendapat sama turut diutarakan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali yang berkata usul itu lebih kepada pandangan Dewan Muslimat dan bukan keputusan PAS Pusat.

“Itu pandangan dari perwakilan Muslimat, kita akan tengok (usul). Kita beri kepada (Majlis) Syura untuk melihat pro dan kontranya. Tetapi saya optimistik hubungan dengan PKR akan diteruskan.

“Banyak perkara yang mereka (Dewan Muslimat) masih tak tahu. Tetapi jika dilihat secara keseluruhannya kebaikan (hubungan dengan PKR itu) lebih banyak,” katanya.

Advertisements

One thought on “Bukan Usul Putus Kerjasama Dengan PKR, Tetapi Kaji Semula – Takiyuddin

  1. alahai parti PAS…kamu tak habis habis dengan putar belit yang akhirnya akan membelit diri kamu sendiri.
    Ini kah cara Islam yang sebenar yang berlandas kepada jalan yang lurus.
    Sedangkan kamu ketika ini berlandas kepada jalan yang berbelit belit demi kepentingan politik untuk peribadi.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s