Guan Eng Sangkal Slogan Sokong PAN Seperti Sokong DAP

AIDCNews – 4/6/16 –Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan slogan menyokong calon PAN dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) sama seperti menyokong calon DAP adalah suatu kenyataan yang tidak berasas.

Guan Eng berkata demikian sebagai menyangkal kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali yang berkata menyokong calon PAN sama seperti menyokong calon DAP.

“Kenyataan yang tidak berasas. Dia (Mustafa) bercakap bahawa kita (DAP) memberikan wang (kepada PAN) dan sebagainya. Semua itu fitnah.

“Dia (Mustafa) buat semua (tetapi) tidak cukup bukti.

“Macam mana sokong parti Amanah adalah sokong DAP ? PKR pun sokong (calon PAN), kata Guan Eng.

Lantaran itu, Guan Eng menterbalikkan semula slogan itu kepada PAS dengan mendakwa sokong PAS sama seperti sokong BN.

“Kalau macam ni saya pun boleh sebut, sokong PAS sama seperti sokong BN kerana mereka (PAS) sekarang tidak mahu Lagi kritik BN.

“Jadi pemilihan (PRK) ini jelas hanya di antara dua pakatan. Satu adalah pakatan untuk BN iaitu BN dan PAS. Satu lagi yang benar-benar menentang BN (iaitu Pakatan Harapan),”katanya lagi.

One thought on “Guan Eng Sangkal Slogan Sokong PAN Seperti Sokong DAP

  1. Kalau sokong PAS sokong BN seperti kiasan Guan Eng;tidak mungkin dalam 2 PRK ini PAS menentang BN.
    Tapi adakah PAN berani meletak calon mereka melawan DAP..?

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s