Jangan Kaitkan PKR Bersabit Kemelut PAS Dengan PAN & DAP – AMK

amk2AIDCNews – 4/6/16 – PAS tidak sepatutnya mengaitkan PKR bersabit kemelut parti Islam itu dengan PAN dan DAP, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat AMK, Mohd Sukirman Mustafa.

Mohd Sukirman berkata kritikan PAS terhadap PKR itu boleh menjejas hubungan kedua parti itu khususnya dalam Kerajaan Negeri Selangor dan Kelantan.

“Pemuda PAS juga tidak seharusnya memberi kata dua kepada PKR kerana kerjasama kedua-dua parti masih berjalan di Kelantan dan Selangor, bukan hanya dari segi pentadbiran malah perkongsian kuasa dan urus tadbir.

“Apakah kita mahu korbankan sebuah kerjasama hanya kerana pertelingkahan yang jelas merugikan rakyat, “ katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Sukirman berkata hubungan di antara PKR dengan DAP dan PAN adalah dalam kerangka Pakatan Harapan yang ditubuhkan sebelum ini di mana PAS juga pernah diajak untuk bersama.

“Cinta yang mungkin tidak bertahan sebagaimana kenyataan Ketua Penerangan, Ahmad Fadhli Shaari itu boleh diterbalikkan jika semua pihak berlapang dada dan bersatu untuk menentang BN dan tidak sekali-kali terjerat dengan permainan mereka,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Sukirman berkata, jika keputusan memutuskan hubungan dengan PKR itu dilihat lebih menguntungkan, ia adalah pilihan PAS sendiri.

“Walaupun ia sebenarnya dilihat hanya untuk menimbulkan reaksi negatif dalam kalangan rakyat apabila pembangkang gagal bersatu,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s