PRK : AMK Akan Bantu Calon PAN

amkAIDCNews – 4/6/16 – Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata pihak mereka hanya akan menggerakkan jentera membantu kempen dua calon Parti Amanah Negara (PAN) di Sungai Besar dan Kuala Kuala Kangsar.

Setiausahanya, Chang Lih Kang berkata gerak kerja kempen itu disasarkan bagi menghadapi calon BN dan bukannya calon PAS.

“Sasaran kami sangat jelas, kami melawan BN. Kami tidak akan berkempen parti lain kecuali BN,” katanya di sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Chang berkata demikian ketika menjawab soalan media adakah kemungkinan kempen mereka dalam dua pilihan raya kecil akan menyinggung perasaan PAS.

Ditanya lebih lanjut sama ada bantuan diberi kepada PAN akan menyebabkan PAS tidak senang kerana kedua-dua parti itu saling bersaing, Chang menjawab, ia bukan masalah terhadap AMK.

“Kami buat apa yang kami rasa betul, tetapi jika ia menjejaskan mereka (PAS), ia bukan masalah kami,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s