RUU Mahkamah Syariah: Jangan Terpengaruh Dengan DAP – Asyraf Wajdi

KOTA BAHARU- Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan DAP, yang membantah pembentangan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 di Dewan Rakyat baru-baru ini.

“Saya nasihatkan rakyat supaya jangan mudah melatah atau percaya apa yang DAP laungkan kerana ia boleh cetuskan ketidakstabilan dalam negara,” katanya selepas melancarkan Program Pelancaran Skuad Taawun dan Ihya Ramadan Peringkat Negeri Kelantan di Dewan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Tumboh di sini, hari ini.

Beliau juga mengulangi kenyataannya bahawa rang undang-undang berkenaan hanya melibatkan pemerkasaan Mahkamah Syariah dan bukannya tentang hudud.

Pada 26 Mei lepas, Presiden PAS Abdul Hadi membentangkan Rang Undang-undang Persendirian bagi meminda Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Mengulas mengenai parti komponen Barisan Nasional (BN) terutamanya di Kelantan, Asyraf Wajdi berkata Badan Perhubungan UMNO Kelantan akan memberi taklimat kepada wakil parti komponen berkenaan dalam masa terdekat – BERNAMA

Advertisements

One thought on “RUU Mahkamah Syariah: Jangan Terpengaruh Dengan DAP – Asyraf Wajdi

  1. Bukan setakat seru rakyat. Yang lebih penting komponen BN sendiri… Macam mana nak cakap soal pembentangan jika dalam konteks dalaman parti BN sendiri ditolak mentah oleh majoriti parti komponen.

    Sediakan penerangan lengkap dulu sebelum bentang kerana tujuannya sgt baik dan tiada unsur paksaan utk sokong atau tentang.

    Tapi kalau salah langkah apabila hal ini dipolitikkan secara berlebihan alamatnya hilanglah kerusi2 BN di Sarawak Sabah PRU14.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s