Azmin Ali Sokong Calon PAN Di PRK Sungai Besar

azmin
AIDCNews – 5/6/16 –Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memuji sikap timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang akhirnya mengambil sikap untuk berpihak kepada calon PAN di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.

“Beliau (Azmin) tidak menghadiri semasa pengumuman calon, tetapi hari ini beliau hadr di sini… baguslah,” ulasnya ringkas.

Wan Azizah berkata demikian sebagai mengulas kehadiran Azmin untuk memberi sokongan kepada calon PAN, Azhar Abdul Shukur semasa penamaan calon hari ini.

azmin-mat

Selain Azmin, Turut mengiringi Azhar adalah semua pimpinan utama Pakatan Harapan, iaitu Wan Azizah (Presiden PKR), Lim Kit Siang (Penasihat DAP) dan Mohamad Sabu (Presiden PAN).

Pada pilihan raya kecil 18 Jun ini, Azhar berdepan pertandingan tiga penjuru dengan menentang calon BN yang juga ADUN Sungai Panjang Budiman Mohd Zohdi dan calon PAS yang juga ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman.

iskandar

Ketika diminta mengulas langkah terbaharu Azmin itu, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata beliau optimis hubungan PAS dengan PKR di Selangor tidak terjejas, walaupun Timbalan Presiden PKR itu sudah menunjukkan sikap berpihak kepada PAN.

Iskandar berkata perkara itu tidak menjadi masalah kepada hubungan politiknya dengan PKR memandangkan situasi sama pernah berlaku di negara lain.

Mengambil contoh di Britain, beliau berkata kerajaan campuran parti Konservatif dan Liberal Demokrat berjaya mengekalkan kerajaan perpaduan yang dibina selama lima tahun walaupun bertanding dalam beberapa pilihan raya kecil.

“Tiada masalah sebenarnya dan kita sepatutnya mempunyai kematangan politik dalam perkara ini,” katanya pada sidang media di Markas PAS di Sungai Besar pada Ahad.

azmin2

azmin3

Advertisements

One thought on “Azmin Ali Sokong Calon PAN Di PRK Sungai Besar

  1. Yelah tu, budaya politik matang ye. Tak lama lagi korang kena tendang la dari jadi exco, baru ada akai!! Tak yah nak jadi baik sgt la dgn DAP dan PKR, diorg semua perangai mcm iblis.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s