Kit Siang Harapkan ‘Keajaiban’ Bantu Menangkan Calon PAN Di Sungai Besar

AIDCNews – 6/6/16 – Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengharapkan keajaiban bakal membantu untuk memenangkan calon PAN, Azhar Abdul Shukur menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.

Ini kerana kata Kit Siang, PRK Sungai Besar adalah petunjuk untuk menentukan masa depan Pakatan Harapan pada PRU 14.

“Jika rakyat mahu melakukan pada PRU14 apa yang mereka gagal lakukan pada 5 Mei 2013 – untuk menukar kerajaan di Putrajaya – maka Sungai Besar mempunyai peranan yang penting kerana ia adalah antara kerusi yang perlu dimenangi oleh pembangkang daripada kawalan Umno / BN.

“Jika Pakatan Harapan tidak boleh menang di Sungai Besar, pada pilihan raya kecil 18 Jun ini, peluang untuk menyaksikan perubahaan di Putrajaya pada PRU-14 tidak kelihatan baik,”katanya dalam satu tulisan di portal Malaysiakini.

Pandangan lengkap Kit Siang :

Hanya ‘keajaiban politik’ dapat bantu calon AMANAH

Saya sedang minum kopi betentangan Kafe AMG awal pagi semalam, dan secara tiba-tiba, saya merenung seketika apa tujuan saya berada di Sekinchan sedangkan selepas berkecimpung lebih 50 tahun dalam politik Malaysia, semua pihak berpendapat pilihan raya kecil ini pasti akan dimenangi oleh calon Umno / BN .

Malah Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai juga begitu yakin sokongan daripada pengundi Cina kepada Umno / BN di Sungai Besar dan Semenanjung Malaysia akan kembali semula seperti apa yang berlaku pada pilihan raya negeri Sarawak bulan lalu.

Adakah saya membuang masa saya di Sekinchan dan Sungai Besar dan perlukah saya bersara selepas 50 tahun dalam politik? Lagipun, saya bukannya muda – sudah melewati 75 tahun!

Ini akan menjadi satu pertaeungan yang amat sukar dan berat – sebenarnya hanya “keajaiban politik” dapat membantu calon AMANAH dan Pakatan Harapan, Azhar Shukor, untuk membuat kejutan pada pilihan raya kecil 18 Jun di Sungai Besar.

Ini berdasarkan faktor-faktor berikut.

1. Kerusi Parlimen Sungai Besar sentiasa adalah kubu kuat Umno / BN, dan calon-calonnya tidak pernah tewas dalam pertandingan kerusi Parlimen di kawasan ini sejak enam dekad yang lalu iaitu sejak Merdeka pada tahun 1957.

2. Walaupun pada kemuncak kuasa pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 Mei 2013 (PRU-13), di sebalik wujudnya Pakatan Rakyat, Umno / BN tetap memenangi kerusi Parlimen Sungai Besar, walaupun dengan majoriti tipis 399 undi.

3. Sekarang, Pakatan Rakyat sudah tidak ada lagi – terima kasih kepada keengganan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk setia dan ikhlas terhadap Kerangka Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang dipersetujui oleh ketiga-tiga parti DAP, PKR dan PAS dan secara unilateral beliau mendesak untuk pelaksanaan hudud.

4. Walaupun kini wujd pakatan pembangkang yang baru, Pakatan Harapan (HARAPAN), yang ditubuhkan untuk menggantikan Pakatan Rakyat, namun Parti Amanah Negara, (AMANAH) parti politik paling muda di negara ini, hanya berusia kurang sembilan bulan. Kedua-dua HARAPAN dan AMANAH adalah entiti politik yang belum teruji. Mampukah mereka melakukan lebih baik daripada PAS dan Pakatan Rakyat seperti pada PRU13?

5. Walaupun calon pembangkang tewas dengan majoriti tipis 399 undi di Sungai Besar pada PRU13 adalah dari PAS, 18,296 undi yang diperolehi oleh calon PAS, atau 48.6 peratus yang dimenangi oleh calon Umno atau kejayaan meraih 18,695 undi, keputusan PRU13 ini adalah yang terbaik yang pernah dicapai oleh calon PAS yang bertanding di kawasan. Ini kerana calon PAS itu bertanding sebagai calon Pakatan Rakyat, dengan sokongan daripada DAP dan PKR.

Undi calon PAS bakal merosot

Kini, selepas PAS mencabuli Dasar Bersama Pakatan dan menyebabkan Pakatan Rakyat berpecah, calon PAS dijangka mendapat undi yang berkurangan dan bukannya lebih daripada angka pada PRU13. Saya menjangkakan calon PAS kehilangan lebih 10,000 undi berbanding dengan apa yang diperolehi parti itu pada PRU 2013.

Dalam keadaan ini, apakah terdapat sebarang harapan atau kemungkinan untuk AMANAH yang mewakili Pakatan Harapan, untuk menang di Sungai Besar – yang juga membawa kembali kepada soalan asal – apa yang saya lakukan di Sekinchan dan Sungai Besar dalam dua minggu ini.

Saya telah nyatakan sebab-sebab mengapa akan menjadi sangat sukar – seperti memerlukan ‘keajaiban politik’ – untuk Azhar Shukor, calon AMANAH dan HARAPAN untuk menang di Sungai Besar.

Tetapi ini tidak mustahil, dan keajaiban memang berlaku walaupun jumlahnya amat kecil dan jarang sekali.

Sekinchan adalah nama yang baik. Dalam bahasa Cina ia bermaksud sesuai sebagai perkampungan pertanian. Ia telah berkembang menjadi bukan sahaja sesuai untuk kawasan sawah padi yang luas tetapi juga kaya dengan hasil perikanan.

Di bawah kepimpinan bertenaga dan kreatif daripada ADUN DAP tiga penggal, Ng Suee Lim, Sekinchan kini terkenal sebagai tarikan pelancongan pertanian.

Sejarah kini menanti Sekinchan mengambil alih kepimpinan, bukan sahaja sebagai tapak yng sesuai untuk pertanian, perikanan dan pelancongan, tetapi sebagai mangkin untuk “Selamatkan Negara, Menggalakkan Demokrasi”.

Maksud kemenangan AMANAH

Walaupun Sungai Besar sentiasa menjadi kubu kuat Umno, ia adalah kerusi Parlimen ketiga paling kecil dan tidak selamat yang dimenangi oleh Umno / BN.

Pada PRU13 juga menyaksikan Umno / BN kehilangan majoriti undi popular dengan Datuk Seri Najib Razak menjadi perdana menteri pertama negara yang mentadbir di sebalik hanya memenangi 47 peratus undi popular tetapi berjaya menguasai 60 peratus daripada 222 kerusi Parlimen kerana persempadanan yang tidak adil dan pilihan raya parlimen yang tidak demokratik.

Jika rakyat mahu melakukan pada PRU14 apa yang mereka gagal lakukan pada 5 Mei 2013 – untuk menukar kerajaan di Putrajaya – maka Sungai Besar mempunyai peranan yang penting kerana ia adalah antara kerusi yang perlu dimenangi oleh pembangkang daripada kawalan Umno / BN.

Jika Pakatan Harapan tidak boleh menang di Sungai Besar, pada pilihan raya kecil 18 Jun ini, peluang untuk menyaksikan perubahaan di Putrajaya pada PRU-14 tidak kelihatan baik.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s