Kit Siang Tuduh PAS Dalang Di Sebalik Sepanduk ‘Mahathir Balaci DAP’

kitAIDCNews – 6/6/16 – Penasihat DAP, Lim Kit Siang membuat tuduhan tanpa bukti dengan mendakwa PAS merupakan dalang di sebalik sepanduk dan poster ‘Mahathir balaci DAP’.

Justeru itu, Kit Siang yang memakai baju oren sebagai tanda sokongan kepada calon PAN menggesa PAS agar menghentikan kempen politik kotor berkenaan.

“Kami menjumpai banner ini bergantung di Sekinchan semalam.

“Saya percaya ia kerja perbuatan PAS kerana Presiden PAS Hadi Awang pernah mendakwa AMANAH adalah alat DAP.

“Mungkin PAS rasa Mahathir akan datang (membantu calon Pakatan Harapan berkempen),” kata Kit Siang pada dalam sidang medianya selepas melawat kawasan sekitar Sekinchan bersama calon PAN, Azhar Shukor pagi ini.

Tidak dapat dipastikan apakah strategi Kit Siang sengaja memperbesarkan isu sepanduk dan poster ‘Mahathir balaci DAP’ itu, namun penasihat DAP itu mengingatkan PAS bahawa parti itu pernah bersama Pakatan Rakyat (PR) suatu ketika dahulu.

“Contohnya satu masa Hadi (Presiden PAS) dituduh dipergunakan oleh saya (ketika dalam PR dahulu).

“Saya rasa semua ini tidak berasas. Hadi (ketika dalam PR dahulu) tidak pernah dipergunakan oleh saya.

“Jadi sama ada Tun Mahathir atau pemimpin-pemimpin Amanah dan calon Amanah tidak pernah dipergunakan oleh DAP,”tegasnya.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan partinya menyokong calon DAP pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Parlimen Sungai Besar, Selangor kerana ia rakan sekutu dalam Pakatan Harapan.

“Kita sokong parti Amanah sebagai rakan seperjuangan dalam Pakatan Harapan. Apa salahnya kalau kita (DAP) sokong calon parti Amanah.

“Satu tuduhan melulu kalau nak sebut kita ada agenda tertentu,” katanya pada sidang media hari ini.

payung

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s