Amanah Boleh Terus Simpan Harapan Ganti PAS Dalam Kerajaan Selangor

SUNGAI BESAR – Parti Amanah Negara (Amanah) boleh terus menyimpan harapan mereka untuk menggantikan PAS dalam kerajaan Selangor, kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Iskandar berkata walau apapun keputusan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun ini, PAS akan tetap bersama kerajaan dan memegang kerusi exco dalam kerajaan negeri itu.

“Amanah perlu ingat, PAS, DAP dan PKR yang membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, sebelum wujudnya Amanah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau menjawab desas-desus exco PAS perlu meletak jawatan dan digantikan dengan Amanah sekiranya undi calon Pakatan Harapan melebihi undi PAS dalam PRK nanti.

Turut hadir, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan calon PAS bagi PRK Sungai Besar Dr Abdul Rani Osman.

PRK Sungai Besar diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Pada PRK ini, Dr Abdul Rani berdepan pertandingan tiga penjuru dengan menentang calon BN yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang Budiman Mohd Zohdi dan calon Amanah yang juga Pengerusi Amanah Sungai Besar Azhar Abdul Shukur.

Tiga anggota exco PAS Selangor ialah Iskandar yang merupakan exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor (exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa Dan Kampung Tradisi); serta Zaidy Abdul Talib (exco Infrastruktur Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani).

Iskandar bagaimanapun enggan mengulas mengenai kedudukan PAS bagi menghadapi PRU14 kerana masih terlalu awal untuk dibincangkan – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s