DAP & PKR Jilat Ludah Sendiri, Kini Sokong Calon Pro-Lynas Di Kuala Kangsar

termizi lynasAIDCNews – 7/6/16 –DAP dan PKR kini seolah-olah menjilat ludahnya sendiri apabila menyokong calon pro-Lynas yang bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.

Calon pro-Lynas yang dimaksudkan itu ialah calon Parti Amanah Negara (PAN) Profesor Dr. Ahmad Termizi Ramli.

Pada tahun 2011, ketika pemprosesan nadir bumi milik Lynas Corp. Ltd. di Gebeng, Kuantan dibantah oleh PKR dan DAP, Dr. Ahmad Termizi tampil mempertahankan projek itu.

“Pada saya, adanya risiko bukannya alasan untuk mengharamkan sesuatu perkara. Risiko mestilah berpandangan dengan manfaatnya.

“Jadi risiko yang terlibat pada dos sinaran aktiviti seperti Lynas terlalu rendah, atas prinsip apapun untuk mengharamkannya,”kata Ahmad Termizi

Sudah tentu kenyataan Ahmad Termizi itu bertentangan dengan dakwaan Ahli Parlimen PKR Kuantan, Fauziah Salleh dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang membantah projek berkenaan.

Namun, kini, Guan Eng sendiri merupakan penyokong utama calon pro-Lynas itu bertanding sebagai calon PAN dalam PRK Kuala Kangsar.

“Adakah DAP, PKR dan Pakatan Harapan sudah menyokong Lynas?

“Bukankah ini satu pengkhianatan kepada NGO anti-Lynas, rakyat di Kuantan serta rakyat di seluruh negara yang sudah sekian lama menentang pembinaan Loji nuklear serta kilang yang ada hubungan dengan bahan radio aktif?,” soal facebooker pro PAS, Huzir Sulaiman.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s