Kerajaan Pulau Pinang Tidak Pernah Mohon Projek Terowong – Fadillah

BAGAN SERAI – Kerajaan Pulau Pinang tidak pernah memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan projek pembinaan terowong dasar laut di negeri itu.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, sebarang perancangan jalan di Pulau Pinang termasuk pembinaan terowong perlu dirujuk kepada kerajaan Persekutuan terlebih dahulu.

“Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kena ingat sebarang pembinaan jalan tertakluk kepada Kementerian Pengangkutan dan jalan terletak di bawah Akta Pengangkutan Jalan.

“Kalau dia (Guan Eng) nak kenakan tol pun dia kena rujuk dengan kerajaan Persekutuan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Persimpangan Bertingkat Alor Pongsu di sini hari ini oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Persimpangan yang turut mempunyai plaza tol itu mula dibina pada 2012 dan siap bulan lalu.

Fadillah diminta mengulas kenyataan Guan Eng yang berkata pembinaan terowong dasar laut di negeri itu tidak perlu mendapat kelulusan kerajaan Persekutuan kerana ia merupakan hak kerajaan negeri. – BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s