PAS Tak Mampu Menang PRK Kuala Kangsar – Mat Sabu

KUALA KANGSAR: Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu meminta rakan-rakannya dalam PAS supaya memilih Dr Ahmad Termizi Ramli sebagai Ahli Parlimen Kuala Kangsar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan tersebut kerana mendakwa parti Islam berkenaan tidak mampu menyaingi Barisan Nasional (BN) secara bersendirian.

Mohamad atau Mat Sabu berkata, berdasarkan pengalamannya selama 37 tahun dalam PAS yang berakhir sebagai timbalan presiden, parti itu sukar untuk memenangi pilihan raya jika hanya mengharapkan undian daripada bangsa Melayu sahaja.

Menurutnya, tidak dinafikan PAS mempunyai ramai ahli yang tidak mengharapkan sebarang imbuhan untuk menghadiri penamaan calon atau perhimpunan, tetapi untuk menewaskan BN dalam PRK Kuala Kangsar ahlinya perlu memilih calon Amanah.

“Saya bukan pemimpin cokia (tidak terkenal) dalam PAS tetapi saya begitu aktif sejak 1978 sehingga dipilih menjadi naib dan timbalan presiden.

“Berdasarkan pengalaman ini selepas menempuh pelbagai PRK dan Pilihan Raya Umum, saya dapati adik-adik saya dalam PAS perlu memilih calon Amanah jika ingin menewaskan BN.

“Maafkan saya, PAS tidak mampu untuk menang dalam pilihan raya ini” katanya ketika berceramah di Pusat Daerah Mengundi Sayong Lembah di sini pada Isnin malam.

Turut hadir ialah Ahmad Termizi; bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Sr Ismail Salleh.

Sementara itu, Ahmad Termizi yang turut berucap mengakui beliau merupakan pengundi bagi Parlimen Shah Alam.

“Saya memang pengundi di Parlimen Shah Alam, tetapi saya mengundi di sana untuk menyokong bekas rakan serumah saya iaitu Ahli Parlimen Shah Alam ketika ini, Khalid Abdul Samad.

“Saya juga pernah menjadi pengundi Gelang Patah sebelum itu. Tetapi apa yang penting sekarang ialah saya anak kelahiran Kuala Kangsar.

“Nenek moyang, bapa dan saya sendiri dilahirkan di sini. Cuma bila melanjutkan pelajaran saya keluar menimba ilmu di luar dan bekerja di Kuala Lumpur,” jelasnya.

Tambahnya, bagaimanapun kini telah tiba masa untuk beliau kembali berkhidmat kepada orang kampungnya dan membantu mereka sebagai Ahli Parlimen Kuala Kangsar – Mstar

One thought on “PAS Tak Mampu Menang PRK Kuala Kangsar – Mat Sabu

  1. Orang Islam sebenar menjadikan perjuangan yang berterusan sebagai prinsip hidup. Orang Islam sebenar yakin kemenangan itu milik serta ketentuan Allah.
    Hanya tahap budak-budak sahaja yang mengejar dan ingin menentukan kemenangan dengan percaturan manusia..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s