Calon PAN Kuala Kangsar Nafi Khadam DAP

tarmiziAIDCNews – 8/6/16 –Calon Parti Amanah Negara (PAN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Dr Ahmad Termizi Ramli menafikan beliau merupakan calon khadam DAP.

“Saya bukan khadam DAP. Saya khadam rakyat. Saya khadam Kuala Kangsar.

“Janganlah letakkan kami, golongan profesional, korporat, yang mempunyai kemampuan untuk berdiri dilabelkan sebagai parti suruhan,” katanya pada sidang media, hari ini.

Beliau juga turut menafikan PAN adalah tajaan DAP.

“Macam-macam orang buat cerita seperti Amanah talam DAP, saya kena nafikan.

“Saya kena tegaskan. Kita umat Islam. Parti Amanah ini parti Islam. Amanah ada maruah, ada kekuatan, ada kemampuan untuk berdiri sendiri,” katanya.

Menurutnya, DAP adalah rakan kongsi dalam Pakatan Harapan yang sealiran dalam misi menumbangkan BN.

“Bagaimanapun kita tetap bekerjasama. Kita tahu negara ini berbilang bangsa. Kita kena ada rakan yang bukan Islam.

“Kita kena ada rakan dalam semua aliran-aliran yang ada pada senario politik negara untuk menjatuhkan kerajaan BN,” katanya.

Dr Ahmad Termizi turut menyelar media kerana berterusan menggunakan akronim PAN untuk merujuk kepada partinya.

“Seperti yang telah dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS), singkatan bagi Parti Amanah Negara ialah Amanah dan bukanlah PAN seperti yang digunakan akhbar tertentu.

“Oleh itu kami meminta akhbar-akhbar ini supaya tidak menganiaya kami dengan terus menggunakan PAN.

“Ini satu penganiyaan kerana ia akan mengelirukan pengundi. Pada kertas undi hanya ditulis calon Amanah dan bukan PAN. Saya bimbang pengundi keliru, janganlah aniaya kami,” katanya lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s