Kenyataan Nizar Bersifat Peribadi, Bukan Wakili PAN – Anuar Tahir

AIDCNews – 8/6/16 –Kenyataan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang berkata bahawa Allah memilih supaya Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar diadakan untuk ‘mengajar’ perdana menteri dan timbalannya kerana peranan mereka dalam krisis Perak pada 2009, bersifat peribadi dan tidak mewakili PAN.

Setiausaha Agung PAN, Anuar Tahir berkata Nizar yang juga bekas Menteri Besar Perak itu mungkin ada niat tersendiri ketika membuat kenyataan berkenaan.

“Saya lihat itu kenyataan peribadi beliau, malah saya rasa kita tidak boleh kata tindakan dia itu angkuh atau sombong, ia cuma bergantung kepada tafsiran orang.

“Cuma pengucapan dia (Nizar) itu mungkin ada orang tidak bersetuju, memang kadang-kadang kita bercakap mulut terlepas cakap. Bagi saya isu itu tidak perlu diperbesarkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Isnin lalu, ketika berucap pada sesi ceramah di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar Nizar berkata PRK Kuala Kangsar adalah untuk ‘mengajar’ Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas peranan mereka dalam krisis Perak pada 2009.

Beliau berkata ia ada kaitan antara krisis Perak pada 2009 yang menyaksikan kejatuhan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dengan PRK tersebut, yang secara kebetulan, kedua-duanya berlaku di Kuala Kangsar.

Nizar berkata Allah mahu orang Kuala Kangsar ‘mengajar’ (memberikan kekalahan kepada) BN menerusi PRK Kuala Kangsar”.

Beliau turut mendakwa dirinya tertanya-tanya mengapa daripada 222 kerusi Parlimen di negara ini, Allah memilih supaya PRK diadakan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

“Bila saya fikir-fikir dengan mendalam, di sinilah buminya semasa saya diberikan amanah untuk menjadi menteri besar Perak dari Mac 2008 hingga Februari 2009,” kata Nizar.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan kenyataan Nizar itu sebagai biadap.

Menurutnya, beliau tidak menyangka Nizar tergamak mengeluarkan kenyataan sedemikian tanpa memikirkan perasaan keluarga Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad semata-mata kerana politik.

“Saya tengok kalau ayat-ayat begitu diluahkan dalam keadaan sebegini, saya tengok memang biadablah.

“Sebab saya kenal Datuk Wan Khair-il secara rapat, saya kenal isterinya, saya kenal anak-anaknya,” katanya.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, berdasarkan keperibadian Nizar memang sukar untuk membendung beliau daripada mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Justeru, Hishammuddin menyeru pihak lain tidak terikut-ikut dengan kenyataan Nizar itu yang sama sekali tidak memikirkan perasaan keluarga Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar.

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir melabel Nizar sebagai penipu bersiri apabila berterusan melempar tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan BN.

“Saya amati perangai dia tidak habis-habis buat serangan. Bayangkan bulan Ramadan pun dia nak menipu,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Nizar yang mengatakan Zambry memberi tanah kepada kroni tertentu dalam ceramah umum parti itu di Kampung Sayong Lembah, pada Isnin.

Mengenai dakwaan kerajaan negeri memberi tanah seluas 45,324 hektar kepada pihak tertentu, Zambry berkata, perkara itu telahpun diperjelaskan sebelum ini termasuk pada sidang DUN Perak.

“Pembangkang ini telah kekeringan dan habis modal, sebab itu akan buat pembohongan,” katanya.

Zambry meminta pengundi di Parlimen Kuala Kangsar supaya tidak terpengaruh dengan pelbagai fitnah yang dilemparkan parti pembangkang.

One thought on “Kenyataan Nizar Bersifat Peribadi, Bukan Wakili PAN – Anuar Tahir

  1. Kalau si Nizar ni fikir balik, kenapa Allah turunkan dia dari takhta kuasa. Baru dia ada akal. Berapa byk kesalahan yg dia buat semasa memerintah? Sebab itu Allah turunkan dia cuma dlm masa 11 bulan shj. Ada faham ka Nizar?

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s